Wednesday, July 1, 2020

BIODATA PENULIS

بسم الله الرحمن الرحيم


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Teks : Firdaos B. Mohd Rawi


Dilahirkan di Tumpat, Kelantan. Tepatnya di Kuarters Balai Polis, Tumpat Kelantan. Ayah saya seorang polis yang berpindah randah atas tugasan. Ketika umur 4 tahun, kami berpindah ke Selayang, Selangor. Membesar di Selangor sehingga habis tingkatan 5.

Selepas itu, arwah Mak dan Ayah hantar saya ke Maahad Tahfiz.

Hakikatnya saya tidak layak untuk tulis tentang hafaz al-Quran. Namun tulisan saya ini dari ilmu yang tidak seberapa ini diharap akan alirkan pahala terutama kepada arwah Mak dan Ayah saya.  

Mereka antara asbab saya dapat letakkan sedikit kalam Allah dalam dada.


Ini juga mungkin hadiah kecil buat guru dan rakan yang secara langsung telah membantu dalam perjalanan yang ditempuh sebelum ini.

Semoga Allah letakkan ikhlas atas usaha ini. 

Ikhlas itu rahsia Allah.


Kalau ada antara teknik atau asas yang dapat beri manfaat pada orang lain walaupun pada seorang sahaja yang hidup  maka itulah kegembiraan yang boleh saya raikan. Dan itulah harapan saya. Harapan arwah ibu dan ayah saya. 


Manusia biasa akan mudah melihat siapa yang bercakap dan cenderong ikut siapa yang mereka kenal . Namun itu bukan jadi penghalang untuk mereka yang tidak dikenali untuk berkongsi pengalaman mereka. Pengalaman dan perjalanan hidup setiap orang pasti berbeza. Walau duduk dalam kereta yang sama. Rumah dan bumbung yang sama warna. Warna jalan hidup pasti berbeza.


Jadi saya tuliskan 20 asas hafaz al-Quran ini semoga ia menjadi jalan untuk saya keturuan saya ke atas dan ke bawah agar mendapat kebaikan cerita tentang mukjizat agung ini. Menumpang kelebihan mukjizat Nabi yang paling dikasihi dan dicintai.


Mukjizat yang kekal hingga alam abadi.


Semoga ia diterima dan bermanfaat.