Sunday, September 6, 2020

KUASA FOKUS

Fokus

Satu hari, saya tengok video pendek. Kisah benar. Seorang ibu menangis merarapi kematian anaknya. 

Sedih kehilangan ahli keluarga yang disayangi itu biasa. Namun cara dan punca itu yang boleh jadi igauan berbeza sepanjang hayat. Anaknya meninggal kerana eksiden dilanggar sebuah lori besar.


Bulan sebab tayar meletup. Bukan sebab ada minyak di jalan. Puncanya pemandu lori itu tukar lagu yang dia nak dengar dekat telefon. Beberapa saat sahaja fokus hilang orang lain terpaksa bayar dengan nyawa mereka. Menanggung kesedihan sepanjang hayat. 

Rasa bersalah dan kesal. Namun tidak bermakna lagi.

Kuasa fokus ini selalu dibincangkan orang yang berjaya mempunyai kuasa fokus yang amat tinggi.
Tatkala kuasa fokus semakin dilihat tipis, mereka akan cas semula. 

Sebab ia elemen yang penting untuk ukur kejayaan.

Untuk hafaz al-Quran juga perlu fokus yang tinggi. Kerana kita hidup dalam zaman yang penuh dengan gangguan. 

Gangguan ini pula kadang menyebabkan kita tidak dapat siapkan tugasan hafazan kita. Katakanlah tengah hafaz tiba ada gangguan dari handphone. Kita pun tengok dalam 5 minit. Lepastu sambung lagi. Kalau 5 kali kita layan gangguan tu, kita telah rugi 25 minit masa untuk fokus.  Dan ia tidak membantu.  

Kadang kita banyak benda yang kita hendak buat tapi selalu gagal. Sebab gangguan ini. 
Gangguan Handphone terutamanya. 

Apa nam buat? Kita perlu setkan dan tetapkan masa kita. Kita tentukan diri kita. Kalau kata kita dah setkan masa satu jam untuk hafaz, jauhkan diri kita dari handphone selama satu jam.

Kawan kita datang nak ajak borak kita kata tunggu sekejap lagi. Sekarang masa untuk aku hafaz. 

Set dan tulis. Tulis minggu ni nak hafaz banyak mana. Tampal dan doa pada Allah agar dipermudahkan.



Fokus. 

Saturday, September 5, 2020

TIPS

Untuk mencapai apa yang kita inginkan atau target tidak boleh tidak kita mesti lakukan perkara ini.

1- Mesti ada guru atau mentor. Mentor ini mestilah tahu, boleh buat dengan faham. Yang paling penting mesti ada pengalaman. Kalau tersalah pilih mentor, maka susah sikit nak capai. Mungkin mentor ini dari kalangan sahabat kita. 

Dan hindari dan jangan tersalah pilih mentor ini. Kesilapan yang biasa buat adalah menjadikan kawan atau orang yang dekat tetapi tidak tahu banyak tentang apa yang kita target.


2- Baca banyak kitab tentang penghafaz al-Quran.  Belajar pelbagai metod hafaz al-Quran. Bukan untuk apa untuk tambah ilmu dan percayalah kadang dengan pelbagai teknik yang kita cuba akan buat kita faham manayang lebih sesuai untuk kita.

3- Kalau boleh ada kumpulan untuk beri semangat masing-masing. Ada masa kita down kawan kita bagi semangat. Ada masa kawan kita down tugas kita pula bagi semangat. Masing-masing berperana. Ibarat perjalanan yang jauh, kadang pemandu ada yang mengantuk. Jadi kawan sebelah tolong ganti agar boleh berehat. 

Dan selepas berehat tenaga akan pulih semula. Dan terus perjalanan sehingga sampai destinasi. 

Biarlah kita buat dan terus buat sehingga sampai.

Thursday, September 3, 2020

MELAGUKAN BACAAN AL-QURAN

Al-Quran boleh dinikmati. Dekat Mekah apabila mendengar imam membaca al-Quran terasa sangat asyik dan nikmat. Pernah satu ketika masa saya berada di Masjid Husin di Kaherah Mesir, tunggu untuk solat Jumaat.

Ketika itu, sebelum solat Jumaat seorang Qari  membaca ayat quran secara mujawwad. Syeikh Nuaina ketika itu. Ya, Allah sedapnya bacaan. Meruntun jiwa. Ramai mengalir air mata. Ya, orang Arab Mesir, mudah sahaja jatuh air mata apabila mendengar bacaan al-Quran.

Itulah mungkin dikatakan kalau nak rasa asyik ketika solat, solatlah di sebelah orang Mesir. Mudah sangat mengalirkan air mata. 

Sebelum ke Mesir dulu, waktu di Kursus Intensif Bahasa Arab, guru yang mengajar kami salah seorang adalah Ustazah kelahiran Mesir. Ada masa dia akan minta kami membaca ayat al-Quran. Ketika itu dapat tengok ada masa dia sedih. Rupanya ayat al-Quran yang dibaca ketika itu cerita tentang azab dan neraka. 

Nabi sendiri pernah pesan supaya membaca al-Quran 
Untuk hafaz juga digalakkan untuk memahami lagu. Bacaan berlagu.

BAGAIMANA HAFAZ DALAM MASA 5 TAHUN

Hafaz satu rubu seminggu. Hafaz setahun dalam 48 rubu lebih kurang 11 bulan. Kemudian dalam sebulan lagi tu, diulang bacaan hafazan untuk setahun itu sehingga benar-benar melekat. Lebih kurang 6 juzuk dalam masa 11 bulan.

TIDUR YANG CUKUP

Dalam hidup ini, secara purata kita akan gunakan 30 peratus dari jumlah umur kehidupan kita untuk tidur.

Tidur ini juga adalah suatu keperluan untuk tubuh badan kita. Sama macam makan, kita mesti tahu bilangan kalori protein, makanan tambahan untuk tubuh, tidur juga begitu. Berapa banyak tidur kita perllu ambil. Berapa lama yang bagus. Jadi tidur adalah keperluan sama macam bernafas, makan dan minum.

Di sana terdapat banyak kajian tentang tidur. Walaupun ia masih menjadi misteri kenapa manusia perlu tidur, namun kebaikan dan manfaat tidur telah dapat dikaji. 

Kajian berkenaan dengan otak juga menyatakan bahawah tidur yang cukup akan mambantu dalam fungsi otak. 


Apa yang berlaku ketika tidur?

Pemulihann pada tubuh badan kita. Masa kita tidur  hormon akan dikeluarkan untuk pulihkan semula pembuluh darah. Tingkatkan sel putih yang tujuannya adalah untuk virud dan bakteria.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa masa tidur memori dan apa yang telah dipelajari sebelum itu akan akan beralih ke memori jangka panjang. Kita ada memori jangka pendek dan memori jangka panjang.

MAKANAN

Makanan.

Apabila kita terjumpa dengan seorang budak atau sesiapa sahaja yang mempunyai kecerdasan untuk ingat ayat al-Quran, antara yang kita ingin tanya bagaimana dia boleh ingat dengan baik adalah.

"Apa yang awak makan?"

Kerana kita nak tahu apa rahsianya dia boleh jawab dengan lancar. 
Ikut kajian selain dari amalan hidup sihat, makanan juga menjadi penyumbang utama pada kesihatan otak.

Sedar atau tidak, dalam banyak-banyak organ pada tubuh kita, bahagian atas kita iaitu otak kita menggunakan tenaga yang paling banyak. Ikut kiraan, sebanyak 20% tenaga dari badan kita otak kita habiskan. Jadi sebab itu, suka atau tidak kita perlu beri 'makan' pada otak agar ia sihat. Sihat untuk mengingat pelajaran khususnya dalam menghafaz al-Quran.

Ada beberapa makanan yang boleh diambil untuk bantu otak kita berfungsi atau bekerja dengan baik. 

5 Makanan ini akan bantu untuk dapatkan tenaga yang baik untuk otak.

1- Minyak kelapa. Bolehlah amalkan minyak kelapa dara satu hari satu sudu. Ada banyak jenama yang ada dijual di kedai.

2- Sayur bayam. Pernah tengok cerita Popeye. Dalam cerita tu Popeye bila makan sahaja sayur bayam ni dia akan jadi kuat. Menurut kajian, sayur bayam ini bantu memperlahankan proses hilangnya memori.

3- Bawang Merah. Ini bahan biasa ada dekat rumah. Kebanyakan masakan memang akan guna bawang merah. Yang terbaiknya bawang merah ni, Ia bantu untuk tingkatkan pengaliran darah ke otak. Dan ia dapat bantu tingkatkan memori kita. 


Memori juga dapat ditingkatkan dengan mengambil bawang merah.


Dan banyak lagi makanan yang boleh bantu seseorang untuk hafaz al-Quran. 

Walaupun hati telah dijaga. Makanan juga boleh jadi penyumbang bagi kecerdasan hafaz al-Quran. Kajian berkenaan dengan otak manusia ia menunjukkan kecerdasan juga bergantung pada apa yang kita makan. 



HAFAZ QURAN PENGHALANG KERJAYA?

Apapun hafaz al-Quran ini sebenarnya satu proses. Bukan dengan hafaz al-Quran ini menjadi penghalang seseorang untuk bekerja sebagai doktor dan banyak perkerjaan yang lain. Ia satu proses. Menambah nilai pada diri seorang Muslim. Kalau dulu ia agak mustahil di negara kita, ia sudah jadi perkara biasa.

Di negara Arab, ia suatu yang biasa. Jurutera, doktor bahkan petani yang menghafaz al-Quran. Ramai. Terlalu ramai. 

Hafaz al-Quran ini juga bukti kecintaan seseorang terhadap agamanya, nabinya dan tuhannya. Sesorang yang sayang pada anaknya akan sentiasa ingat apa perkataan yang diucap oleh anaknya. Akan dikongsi. Akan dicerita. Akan dihafal satu-satu perkataan yang diucapkan. 

Kerana apa? Kerana sayang. Ini tidak bermaksud orang yang tidak hafaz tidak sayang akan agamanya. Bukan itu maksudnya. Ada yang tak hafaz tapi hari-hari baca al-Quran namun, untuk yang hafaz ada tempatnya yang tersendiri.

Hafaz al-Quran juga dikatakan oleh cerdik pandai bahawa seseorang itu kasih dan sayang pada tuhannya. 

Ia adalah hidangan dari Allah subhanahu watala.

Bila lapar, kita cari makanan. Kalau haus basahkan tekak. Itu untuk fizikal. Untuk rohani, makanan dalaman selain ibadah solat dan yang lain, al-Quran juga salah satu hidangan untuk memenuhi kelaparan rohani.

LUPA DIRI

Ada masa dan ketika bila manusia dapat nikmat dan kelebihan dari Allah, akan rasa diri hebat. 

Manusia yakin dia boleh dapat lebih lagi uh untuk dicapai sehingga lupa peejalanan awal. Lupa pasa guru yang oenah mengajar dan ketika bermula.

Kita akan mula niat asal dan janji yang kita pateri. Apabila mula mendapat pujian manusia. Apabila poket mula penuh. Jangan mula oandang rensah pasa guru yang telah mengajar. 

Jangan mudah lupa diri dan ingatlah siapa kita sebelum ini. Dan siapa yang membantu kita sebelum ini




ALLAH TELAH MUDAHKAN UNTUK HAFAZ ALQURAN

Dalam satu ayat Allah sebutkan 


وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ (22)


Pada ayat yang berwarna merah itu. Ada huruf lam. Dan ada Qod.
Lam ni Taukid maksudnya - meyakinkan
Qod ni Tahkik maksudnya - menjamin kepastian. Dan biasanya dalam ayat lain kalau dah ada Lam taukid tidak ada dah Qod tahkik ni.

Kalau tengok dalam surah Al-Asr pada hujung ayat kedua. Lafi Khusr. Ada lam sahaja.

Pada surah Al-Mukminun ayat pertama Qod Aflaha. Diletakkan Qod. 
Tapi pada ayat ini, diletakkan dua-dua sekali. LAQOD.

Sebab apa? Sebab untuk perkara ini ramai yang ragu tentang apa yang disebutkan itu. Sebab peratusan keraguan dan ketidak percayaannya Allah letakkan dua-dua sekali agar ianya diyakini. Percayalah. 

Jadi sebelum hafaz. Mesti yakin dulu yang sebenarnya dan hakikatnya ia sangat-sangat mudah. Budak umur 3 tahun boleh hafaz. Orang tua berumur 70 tahun pun mudah sahaja hafaz. Jadi kita pasti boleh hafal dan jangan ragu.

Keraguan itu dibawa oleh musuh kita. Syaitan.

Pada kalimah kedua perkataan Yassarna. Dalam bahasa arab perkataan mudah ini ada dua. Pertama Yusrun kedua Sahlun. 

Tapi dua perkataan ini walau maksud nya sama membaca maksud mudah tapi ada bezanya.

Kalau Sahlun, ini mudah tetapi tidak bagi semua orang. Contoh, bahasa arab mudah bagi orang arab tapi belum tentu mudah bagi orang bukan Arab. Maksudnya kena belajar dulu.

Tapi kalau perkataan Yusrun maksudnya ia memang mudah. Tersangatlah mudah. Tanpa ada batasan. Contoh ambil atau angkat pensel. Semua boleh angkat. Bayi kecik pun boleh.

Jadi dalam ayat ini disebut mudah sangat untuk semua orang. Budak kecik boleh hafaz walau pun bukan orang arab. Orang tua boleh hafaz. Orang yang ada masalah pemikiran pun boleh dan mampu hafaz.


Sambung lagi yang ni






HAFAZ-HAFAZ TAK DAPAT

Ada orang bila hafaz al-Quran seminit dapat 10 ayat. Ada orang hafaz al-Quran seharian satu ayat tak habis-habis. 

Tak dapat diulang lagi, diulang lagi namun masih gagal untuk hafaz. Apabila jadi macam ni, perlu sabar kerana Allah sedang ajar tentang hikmahya.

Tapi kalau kita semangat hafaz al-Quran sebab cepat untuk dapat title atau gelaran sebagai penghafal, di sinilah syaitan akan mula datang dan bermain dengan hati kita. 

"Kau tak layak untuk hafaz al-Quran. Kau dah tua. Faktor usia tua kau nilah kau cepat lupa."

Mungkin dia akan akan bisik. Faktor kesibukan. Kau tak boleh. Kau tak layak. 

Tapi kalau kita faham satu konsep yang awak disebut dalam tulisan ini. 
Iaitu lakukan sesuatu hanya kerana Allah, maka Allah akan berikan hikmahnya kepada kita.

Apabila niat hafaz hanya kerana Allah, dan Allah telah pilih seseorang untuk hafaz, ternyata tidak semua akan dapat hafaz 30 juzuk. Allah hendakkan al-Quran memberi manfaat dalam kehidupan. 

Apakah 30 juzuk? Atau sebahagiannya sahaja? Namun, jangan kita rasa kita tak mampu terus untuk hafaz 30 juzuk. Ini kita akan tahu bila sampai umur kita di dunia ini. Ketika itu baru tahu. Namun sebelum itu, kita hanya fikir tentang hikmahnya sahaja.

Ia macam satu perjalanan  yang kita tempuh. Niat kita nak tempuh tu kita dah rancang banyak mana. Cuma kita tak sama kereta dengan orang lain. Orang lain amik masa sekejapan sahaja mungkin.

Kita mungkin perlu isi minyak dulu, 
Mungkin perlu rehat dan rawat dulu,
Mungkin perlu betulkan tayar dahulu. Dan kita amik setiap titik perjalanan itu tadi dengan penuh hikmah. Kita tahu kita lambat tapi bukan kita terus berhenti. Perjalanan tetapi diteruskan. Sampai bila?
Sampai akhir hayat. Ketika itu baru kita tahu.

Hadith riwayat tirmizi pada hadith bernombor 2910 dan 29120

Siapa yang baca satu huruf dari kitab Allah, akan dapat 10 kebaikan. Aku tak kata aliflammim itu satu huruf. Tapi alif itu satu huruf. Lam itu satu huruf dan mim itu satu huruf. Dan bagi setiap satu huruf itu 10 kebaikan.

Jadi lambat atau cepat. Pahala tetap dapat. Ia bukan sekadar yang hafaz 30 juzuk. Walaupun lambat tetapi diulang banyak kali. Masih tak dapat. Diulang 10 hingga 20 kali masih tak dapat. Setiap bacaan itu tetapi dikira. Sebagai pahala.

Maka dapat atau tidak itu perkara kedua. Perkara pertama, setiap bacaan itu dibayar pahalanya. Diberi kebaikannya oleh Allah subhanahu wataala. Dan ketika itu, kita tidak akan berputus asa. 

Berbeza bila kita buat sesuatu. Contohnya kita baru belajar buat bangunan. Lepas tu kita dapat satu tender untuk buat rumah. Kita pun buat. Tengah buat tu, ada yang runtuh. Ada tiba-tiba senget. 
Macam-macam benda berlaku. Disebabkan itu, kita tidak dibayar lagi. Kalau sebulan, sebulan penuhlah tak dibayar. Sebab janji lepas siap baru dibayar. Akhirnya kita putus asa. 

Beza bila kerja dengan Allah taala. Mula letak bata pertama (baca huruf pertama) terus dibayar pahalanya. Jadi perlukah ada putus asa? Tidak. Teruskan sahaja.

Kenapa dia hafaz sekejap sudah dapat? 
Kita ni hafaz lama pun tak dapat-dapat?
Jadi fahamkan  sebenarnya bukan banyak mana yang Allah nak kita hafaz, tetapi banyak mana pahala Allah nak kita dapatkan. Hasil pengulangan yang banyak itu tadi.

Mungkin kerana dia kurang dosa dan kita dosa lebih. Dan Allah tahu. Dan Allah nak selamatkan kita dengan beri pahala yang lebih sebab lamanya masa untuk dapatkan hafazan tadi hasil dari banyakka pengulangan bacaan ayat itu tadii.

Hafiz ataupun tidak itu kita tidak peduli. Yang penting Allah redha dengan apa sahaja hafazan ayat saya. Tapi kalau hafaz ayat pertama dari surah Ya Sin itu sampai 5 hari. Itu keterlaluan.

Wednesday, September 2, 2020

MASUK PERTANDINGAN

"Mak esok adik nak lumba lari ni. Doakan ya supaya adik menang."

Di sekolah ada acara sukan. Ada lumba lari. Ada lompat tinggi. Lompat jauh. Semua acara ini, selain untuk cari pemenang tujuan utamanya adalah untuk memastikan murid di sekolah mengambil bahagian. Untuk apa sahaja acara sekurang-kurangnya mereka diberi peluang untuk diri mereka lihat kemampuan diri. 

Selain itu pertandingan adalah satu acara untuk membangkitkan semangat dalam diri. Dalam jiwa. Sebab itu, antara acara yang ditunggu-tunggu dan meriah adalah acara sukan sekolah.

Selain dari acara sukan, ada juga pertandingan lain. Ada juga pertandingan deklamasi sajak, acara berirama dan sebagainya. Dan apabila menang atau kalah, mereka tetapi puas. Menang itu adalah satu bonus. Tapi apa yang mereka dapat ketika latihan dan ilmu itulah bekalan mahal yang mereka sebenarnya dapat.

Untuk pertandingan hafazan juga tidak kurang hebatnya. Di Malaysia sahaja ada banyak kategori dan peringkat. Kategori surah pilihan. Kategori juzuk. 

Peringkat daerah, peringkat negeri dan kebangsaan. Sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Kita dapat tengok hasil dari pertandingan ini juga melahirkan penghafaz al-Quran yang melatih hafazan mereka sehingga berjaya lancar. 

Bukanlah kemenangan itu atau hadiah itu penting. Tetapi dengan pertandingan seperti ini akan membangkitkan semangat dan kegigihan untuk menghafaz. 

وَفِي ذَٰلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ (26)

Semerbak bau minyak kesturi sampai pada puncaknya. Demi mendapatkan ganjaran yang mulia ini, hendaknya orang berlomba-lomba untuk mendapatkannya dengan mengamalkan apa yang diridai Allah dan meninggalkan apa yang dimurkai-Nya.

Untuk syurga Allah memberi semangat dan dorongan agar kita berlumba-lumba. 
Masuk bertanding adalah dengan niat untuk lihat bagaimana usaha orang lain yang telah berjaya dan tingkatkan semangat untuk jadi sama macam mereka.

Bila kita tengok orang lain boleh hafaz. Kita pun tanya macamana mereka boleh buat. Kalau mereka boleh aku pun boleh. Selain dapat kenal orang lain kita boleh bertanya cara mereka menghafaz. Cara mereka mengulang dan sebagainya.

AYAT KEMBAR

Dalam hidup kita kadang kita jumpa orang yang mempunyai paras yang sama. Kita gelar mereka ini kembar. Ada yang kembar dua tiga dan sebagainya. Antara kembar ini pula ada kembar seiras dan ada juga kembar tidak seiras. 

Untuk kenal mereka ini, kadang orang yang rapat pun boleh tersalah panggil nama. Kalau bukan kembar kadang adik beradik pun boleh tersalah sebab muka hampir sama.

Dalam ayat alquran juga begitu. Ada ayat yang sama. Ada yang hampir sama. Dan ini juga antara cabaran yang perlu ditempuh.

Dalam al-Quran terdapat ayat yang lebih kurang sama. Ayat ini dipanggil ayat mutasyabihat. Untuk ayat ini ada cara untuk menjadikan ia ingat dengan kuat dalam ingatan kita.

Caranya adalah pastikan ayat-ayat mutasyabihat ini. Pastikan di mana ayat ini berada. Dalam surah apa, dalam juzuk ke berapa dan sebagainya.

Diulang ayat ini berkali-kali.  Sekurangnya 10 kali atau 20 kali. Ini semua bergantung pada individu. Ada yang perlu ulang banyak kali baru dapat. Ada yang perlu ulang sedikit sahaja dah dapat. Tapi yang penting adalah diulang-ulang sehingga dapat.

Contoh ayat yang agak sama adalah dalam surah al-Anam.

قال الله سبحانه وتعالى في سورة الأنعام: {وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ مِنْ إِمْلَاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ (151)}.


Dalam surah al-Israk

وقال سبحانه في سورة الإسراء: {وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا (31)}.


Bila kita tengok contoh dua ayat kat atas ini kita pasti perasan lebih kurang sahaja pada bahagian permulaan ayat. Yang mula ada satu sahaja beza. 

Dekat hujung pula ada beza lagi.

Begitu juga kalau kita tengok dalam surah ar-Rahman. Pengulangan ayat yang sama seperti 

(فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ):

Ayat ini ayat yang sama. Bezanya adalah ayat selepas dan sebelumnya. Jadi ia perlu diulang lagi dan lagi. Begitulah seterusnya.

Sebelum diulang ayat ini banyak kali, memahami maksud ayat-ayat tersebut pasti dapat membantu dalam usaha menguasai hafazan ayat yang sama ini.

Monday, August 31, 2020

SABAR DAN JANGAN BERALIH

Jangan beralih selagi belum mutqin. Apabila hadaz sesuatu ayat. Salah satu yang perlu diamalakan adalah dengan jangan beralih. Selagi ayat yang baru dihafaz belum betul-betul ingat. 

Jangan terburu-buru untuk habiskan hafazan sahaja kerana ayat yang dah hafaz kemungkinan akan lupa.

Yang dikejar tak dapat. Yang dikendong berciciran. 

Allah suka hambanya bila lakukan satu-satu amalan itu dalam keadaan mutqin. 

SENAMAN

Ini adalah tambahan dari asas sebelum ini. Senaman adalah satu perkara yang penting untuk dibuat. 

Kajian menunjukkan, semakin hari otak kita akan kehilangan  

GUNA MUSHAF YANG SAMA

Gunakan mushaf yang sama ketika menghafaz. Mushaf yang sama ini boleh beli dalam saiz yang berbeza. Saiz kecik hingga besar. Dekat rumah ada satu, dekat dalam kereta ada satu, dekat pejabat ada satu. Tapi semuanya adalah tulisan yang sama. 

Kerana ada mushaf yang berbeza dari segi warna dan sebagainya.

Cadangan saya gunakan mushaf madinah. Tulisan cerah. 

Sunday, August 30, 2020

5 MULA DENGAN JUZUK YANG MUDAH

Asas seterusnya adalah memulakan hafazan dari juzuk yang mudah.
Dan surah yang biasa diamalkan masyarakat. Walaupun ia tidak tersusun. Sebagai contoh. 

Mulakan dengan juzuk amma. Juzuk 30 sebab biasanya imam di masjid juga baca surah-surah dari juzuk 30.

Surah Yasin, Surah Jumuuah, Surah Sajjadah, Surah Al-Insan, Arrahman, surah alkahfi antara surah--surah yang popular di Malaysia. Boleh sahaja mula dengan juzuk dan surah ini.

 Atau boleh mula dengan juzuk 30, kemudian 29 kemudian mula hafaz surah al-Baqarah dan Ali-Imran. Dua surah ini antara yang mudah dihafaz.

Dan boleh mula dengan surah-surah yang mempunyai kelebihn yang disuruh. Seperti surah al-Mulk, surah Alkahfi dan sebagainya.
Surah almulk sebagai contoh dibaca pada setiap hari Jumaat. Begitu juga dengan surah Al-Mulk. 

Surah al-Mulk jika diamalkan setiap malam, ia akan jadi penolong ketika di alam barzah.

Surah Qof Nabi baca juga pada hari jumaat.


4SOLAT DI BELAKANG IMAM HAFIZ

Asas seterusnya adalah solat di belakang imam yang Hafiz.

Ada 3 solat yang boleh dimanfaatkan. Solat Subuh, Maghrib dan Isyak.

3 Solat ini, boleh dimanfaatkan. Ada sahaja imam hafiz yang terus membaca sehingga khatam dalam solat-solat fardhu tersebut.  Sekiranya ada, bolehlah dimanfaatkan bacaan mereka. Boleh diulang-ulang.

Sekiranya ada imam hafiz yang mutqin dari segi tajwidnya lebih baik. Sekiranya ada boleh ambil peluang.

3 BAWA MUSHAF

3 Dari 20 asas kedua adalah membawa bekal mushaf kecil kemana sahaja anda pergi.  Kerana dalam kita tidak sedar setiap orang dari kita ada waktu lapang yang tidak kita perasan. Waktu lapang ini tidaklah lama tappi kalau diampurkan ia menjadi besar. 


Kita kadang ada waktu senggang yang kalau dikira atau ditambah jadi banyak. Berikut mungkin masa senggang yang kita ada yang kita tak boleh gunakan.

1- Masa tunggu bas. 
2- Masa dalam kereta ambil anak.
3- Masa senggang tunggu makanan siap masa order.
4- Waktu tunggu waktu solat
5- Waktu tunggu waktu azan
6- Waktu naik bas
7- Ketika naik kapal terbang.
8- Waktu tengah tunggu isteri masak.
9- Waktu tunggu kopi dekat kedai kopi.
10- Dan waktu senggang yang lain.


Antara waktu rehat. Masa tu hafaz. Waktu-qaktu lain juga. Bawa selalu mushaf. Waktu ini kalau ditambah-tambah mungkin akan dapat dalam 1jam. 

CARI RAKAN

2 Dari 10 Asas Kedua

Hafaz al-Quran ini bukan kerja mudah. Tidak mudah kerana akan ada halangan. Halangan dari diri sendiri. Halangan dari suasana sekeliling. Jadi perlu ada pendorong yang kuat. Terutama dari rakan yang sama-sama berjuang.

Kalau seorang kemungkinan untuk gagal adalah tinggi. Apabila ada kumpulan, kawan dalam kumpulan akan berikan semangat dan nasihat sekiranya ada rasa nak berhenti atau lemah semangat.

Saya ingat dulu ada seorang sahabat saya, dia memang lancar hafazan al-Quran. Sehari dia baca memang banyak. Ada masa dalam 3 hari sahaja sudah khatam.

Satu hari dia mengaku. Ada masa dia rasa lemah semangat. Apa dia buat? Dia pergi jumpa seorang ustaz. Seorang ustaz yang sambung belajar ketika itu. Dia minta nasihat untuk naikkan semangat dia. Dan begitulah seterusnya bila dia lemah semangat dia jumpa ustaz itu.

Manusia memang begitu. Tidak boleh sendiri. Fitrah kita perlukan orang lain.Maka carilah rakan seorang dua orang atau lebih untuk mulakan usaha murni ini.

Nabi pesan, Assyaitonu maa wahid wahua minal ithnaini abaad.

Syaitan kalau dengna seorang mendekat, bila berdua dia akan menjauhkan diri.

1 TENTUKAN BERAPA MASA YANG DIPERLUKAN

Sepuluh asas kedua untuk hafaz alquran.

1- Tentukan berapa masa yang diperlukan dari hidup untuk hafaz seluruh al-Quran. Samaada setahun, dua tahun ataupun lima tahun. 

Mungkin sepuluh tahun.

Dari situ baru boleh dibuat plan bagi merealisasikan kejayaannya. Contoh Maahad Tahfiz juga berbeza. Ada yang menetapkan setahun setengah. Ada yang menetapkan program 3 tahun. 5 tahun dan sebagainya. 

Hafazan ini pula, ada rancangannya untuk tujuan mengulang. Bila perlu murajaah. Banyak mana sehari nak mengulang. Banyak mana sehari nak hafaz baru. Bila masa nak tangguh hafaz dan lancarkan hafazan lama. Semuanya ada cara dan teknik. Dan setiap maahad mungkin ada cara dan teknik yang berbeza. Bahkan di setiap negara yang mempunyai maahad tahfiz mempunyai cara dan metode hafazan yang berbeza.

Bagaimana pula bagi mereka yang bekerja. Adakah boleh untuk mereka menghafaz. Ya boleh. 

Apabila sudah tentukan berapa masa yang diambil mungkin akan ada yang bertanya atau bercakap. Saya kalau boleh nak kaedah yang lebih cepat. Saya dah tak sabar nak hafaz alquran semuanya. 5 tahun rasa lama.
Saya nak dua tahun.

Tanya balik berapa kali dalam hidup kamu yang telah berlalu dua tahun tanpa ada satupun ayat yang dihafaz?

Ini kita akan baca lebih lanjut dalam Kaedah Menghafaz Al-Quran Berkesan.

SALAH FAHAM TENTANG MENGHANTAR ANAK KE PUSAT TAHFIZ

Dulu saya pernah berjiran dengan seorang ustaz. Saya suka sanfat berjiran dengan beliau sebab dia suka cerita tentang Maahas Tahfiz. Beliau ni tengah usaha buka Maahad Tahfiz dekat dengan tempat kami.

"Maahad tahfiz kami ni ustaz, kami terima je siapa yang nak masuk."

Syaratnya pun kami tak ketatkan sebab nanti tak ramai orang yang nak hantar. Lemah akedemik kami terima selsgi mana ada hati dan keinginan untuk hafaz.

Cuma bila ada segelintir dari mak ayaj atau penjaga yang anggap maahad tahfiz kami ni tempat pemulihan. Kadang rasa berat nak tolak. Tapi serba salah. Adakah mereka ini Allah hantar pada kami?

Itulah. Bila sampai masa tak bolehnak handel anak dekat rumah, hantar ke Maahad tahfiz.

Begitulah sedikit luahan dari ustaz tadi. Kalau nak ditulis mungkin panjang lagi kesalah fahaman masyarakat ketika hantar anak ke maahad tahfiz.


Maahad Tahfiz bukan pusat pemulihan akhlak. 


 Salah faham yang sering berlaku ketika menghantar anak ke pusat tahfiz.
Realiti yang berlaku di Maahad Tahfiz adalah, guru sedang sediakan satu tempat yang khusus jntuk hafaz alquran.

Kemungkinan yang herlaku ada dua. Samaada anak itu berubah, atau jadi ajen perubahan keoada anak-anak dekat situ. 

APA PERLU BUAT SEBELUM HANTAR ANAK KE PUSAT TAHFIZ

Pernah tak kita pergi bercuti di mana-mana tempat yang mana hari itu adalah hari istimewa dan kita bawa keluarga kita yang tersayang. Apa yang akan kita cari?

Apa yang akan kita perhatikan?

Kita akan cari tempat tinggal yang paling best ikut kesesuaian bajet yang kita ada.

Kita akan tengok mana tempat makan yang paling sedap yang boleh beri kenyang dan gembira untuk anak dan perut kita.

Sekolah juga begitu. Kita akan fikir lepas anak UPSR nanti sekolah mana yang terbaik untuk dia.

Sama juga dengna maahad tahfiz. Kita perlu tahu dan ambik tahu maahad tahfiz mana yang terbaik sesuai untuk anak kita. 
Kalau kita mampu bayar maahad tahfiz swasta, ada sahaja maahad yang menawarkan pakej pengajian yang terbaik dengan prasana yang terbaik. Dan kalau kita perlu bayar lebih apa salahnya.

Kita boleh tengok hasil keluaran Maahad tersebut.

Sebelum kita hantar anak ke satu-satu sekolah. Adalah penting untuk kita lakukan perkara-perkara ini.

1- Kemana hala tuju seklah tersebut.
2-Berapa bilangan guru dan juga pelajar. Kalau terlalu ramai dan guru tak cukup bagaimana?
3- Hasil keluaran pelajar yang lepas. Apa yang jadi pada mereka?
4- Selepas belajar di Maahad tahfiz di Malaysia apa yang mereka boleh dapatkan selepas itu. Ada yang hantar ke africa, mesir jordan dan sebagainya.
5. Adakah tawaran untuk sambung belajar menghafaz hadith pula selepas al-Quran.

Sebenarnya di Malaysia ada maahad yang menawarkan pengajian yang terbaik. 

Saturday, August 29, 2020

10 SOLAT YANG KHUSYUK DENGAN MEMBACA AYAT YANG TELAH DIHAFAZ

Asas ke-10 dari sepuluh asas utama adalah membaca ayat yang telah dihafaz di dalam solat.

Bila dah hafaz satu-satu ayat ataupun surah, dengan usaha baca surah itu dalam solat akan bantu kuatkan lagi ayat itu dalam ingatan.

 Sebaiknya baca dengan Tadabbur. Maksudnya dibaca dengan faham ayat-ayat tersebut. Agar khusyuk hadir dalam solat.

Apakah boleh dibaca satu sahaja ayat yang telah dihafaz? Boleh juga. Walau diulang ayat yang sama berulang kali.

Dengan catatan,  ia bukan bacaan dalam solat jemaah. Ketika menjadi imam, adalah dilarang untuk membaca ayat yang panjang. Nak mengulang satu juzuk atau sebagainya bukan dalam solat fardhu. Kerana ketika menjadi imam kita perlu meraikan makmum yang berada di belakang. Ada orang tua. Ada budak kecil dan sebagainya. Lagi kalau masjid terletak di tepi jalan besar yang mana ramai musafir dalam perjalanan jauh singgah untk solat. 


Jadi untuk ulang adalah dalam solat sendirian. Solat malam. Ketika solat sunah dan sebagainya. Bukan solat sunat sebelum subuh dan sebagainya.
Solat yang terbaik untuk mengulang al-Quran adalah solat pada waktu malam. Solat Tahajjud. Solat malam pada setiap hari untuk mengulang al-Quran.

Selepas isyak atau waktu pagi.


9 BACAAN YANG BERTERUSAN

Asas 9 dari asas utama dalam menghafaz alquran adalah bacaan yang berterusan.

Tidak boleh tidak membaca ayat allah dengan banyak. Perlu rajin. Sekurangnya khatam alquran sebulan sekali atau kurang dari sebulan. 

Ada satu hadith yang cantik 

وقد ذهب عدد من محققي المفسرين كـ الطبري يرحمه الله، وابن كثير يرحمه الله إلى أن النسيان هنا على حقيقته، وقد ثبت أن النبي صلى الله عليه وسلم قد نسي بعض القرآن في صلاته كما هو في الحديث الذي رواه الشيخان عن عائشة رضي الله عنها أنها قالت: سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم رجلاً يقرأ في سورة بالليل فقال: يرحمه الله لقد أذكرني كذا وكذا آية أُنسيتها من سورة كذا وكذا. هذا لفظ البخاري، ولفظ 
مسلم رحمه الله: لقد أذكرني آية كنت أُنسيتها.


Adakah nabi lupa ayat quran? Sebahagian ulamak kata 
Mesti dengar quran banyak dan baca juga banyak.

Denga di dalam kereta, dalam kererta api. Dengar bacaan al-Quran dengan banyak.

KELAYAKAN SYURGA DIBERI BERDASARKAN AYAT TERAKHIR YANG DIBACA

Apabila berada di bangunan yang tinggi, kita masuk lif kita tekan nombor yang paling banyka berdasarkan ketinggina bagnunan.  Syurga orang yang hafaz al-Quran, bukan berdasarkan syurga tetapi ikut berapa banyak baaan yang dibaca oleh Ahli Quran itu. 

Tahukah kita dimana syurga mereka yang menghafaz alquran dan mengamalkannya. Sebenarnya benda ni dah diberitahu oleh nabi Muhammad selawat ke atas baginda. 

"dikatakan kepada sahabat alquran, bacalah dan naiklah. Bacalah sebagaimana kamu baca ketika kamu dekat dunia dulu. Sesungguhnya tempat engkau adalah adalah pada ayat terakhir yang engkau baca. 
Bayangkan kalau dalam hidup dia dia telah baca beribu ayat. Berulang kali. Semuanya dikira sebagai tingkatan.


Kita mohon agar kita semua menjadi ahli syurga. 


8 TAJWID

Asas 8 dalam menghafaz alquran adalah menguasai tajwid. Adalah menjadi perkara yang betul  apabila menghafaz alquran dibaca dengan hukum tajwid yang betul.

Hukum tajwid yang betul bukan sekadar hukum panjang pendek dengan dan sebaaginya. Cara nak mulakan bacaan. Cara nak baca ayat yang  ada simbol-simbol tertentu. Cara nak baca aya yang berkatian dengan bacaan khiaf dan sebainya.

Orang yang baa alquran dan mahir dalam pembacaannya bersamas dengan safaratil kiromil bararah. 

Siapa safaratil kiromil bararah? Mereka adalah para Rasul(utusan Allah)
Samaada utusan dari kalangan manusia ataupun utusan dari kalangan malaikat.  

Dalam riawat lain dari imam bukhari, dan dia hafizon lahu. 



2 perkara penting untuk menguasai hafazan dengan tajwid adalah dengan 

1- Talaqqi bacaan dari guru yang mutqin

2- Bukan sekadar menguasai teori. Kerana teori dengan praktikal adalah dua perkara berbeza. Kita tidak dapat tahu dengan tepat bagaimana sifat huruf. Ketebalan huruf hanya dengan melalui pembacaan atau dari youtube.

Mesti berhadapan dengan guru. Tidak cukup hanya dengan sekadar mendengar dari kaset, komputer atau pun dari handphone semata-mata. Untuk sekadar alat untuk membantu hafazan, boleh.

Hukum mempelajari Tajwid adalah fardhu kifayah. Membawa maksud, kalau di dalam satu-satu qaryah atau wilayah telah ada yang memahami tajwid maka cukuplah. Kewajipan bukan ke atas semua. Sama seperti menguruskan mayat. 

Mengamalkan hukum tajwid ketika membaca al-Quran pula adalah fardhu ain bagi setiap muslim dan muslimat yang mukallaf.

Allah sebut dalam alQuran warattilil quraana tartiila.

Dan bacalah oleh mu al-Quran otu secara tartil (takwid)

Rasulullah juga berpesan bahawa,

"Sesungguhnya Allah subhanahu wata'ala suka akan hambanya yang membaca al-Quran bertepatan sebagaimana ia diturunkan."
Riwayat Ibnu Khuzamah.

Dan ulamak sejak dari zaman sahabat sehingga ke hari ini tegas mengatakan membaca al-Quran mesti dengan tajwid. 




7 MEMAHAMI AYAT ALQURAN

Asas yang ketujuh 7 adalah memahami ayat al-Quran.

 Ssatu ketika bila dengar imam mekah baca alquran, ada ketika kita dapat lihat mereka menahan air mata. Terseskak-esak bunyi tangisan ketika dalam solat. Kita pula kadang pelik bila orang menangis dalam solat. Namun ia pelik pada kita, tetapi ia biasa di negara arab Kenapa? Kerana mereka memahami ayat aluquran itu. Apabila ayat yang cerita tentang neraka seagai contoh sudah tentu terasa takut dan sedih dengan syarat perlu faham ayat alquran.

Apabila memahami ayat yang dihafaz, akan menambah kekuatan hafazan ayat tersebut. Dan apabila baca akan dapat merasai perasaan yang pelbagai. 

 Untuk memhami ayat alquran boleh dapat kan kitab-kita ini

Mukhtasar Tobari.   
Mukhtsar Ibnu Kathir. 

Banyak sangat kitab yang menceritak tetntang maksud ayat alquran. 
Bila faham ayat akan tahu sebab nuzul. Boleh tahu tentang ayat yang menceritakan tentnag hukum-hukum syarak. 

Ayat tentang puasa.. Tentang solat dan sebaginya. 

6 DOA YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH

Doa banyak-banyak. Doa sungguh-sungguh.

Doa ketika waktu doa istajab. Doa ketika dalam musafir selain keselamatan doa juga agar dapat memelihara al-Quran. Doa antara dua khutbah selitkan juga doa mudah untuk pelihara alquran.
Doa pada hari Jumaat. Doa selepas solat fardhu.

Doa ketika turunnya hujan. Tempat-tempat dan waktu-waktu istajabah doa yang diajar Rasulullah doa agar dipermudahkan hafaz alquran.