Showing posts with label BAB 2 10 ASAS KEDUA. Show all posts
Showing posts with label BAB 2 10 ASAS KEDUA. Show all posts

Sunday, September 6, 2020

KUASA FOKUS

Fokus

Satu hari, saya tengok video pendek. Kisah benar. Seorang ibu menangis merarapi kematian anaknya. 

Sedih kehilangan ahli keluarga yang disayangi itu biasa. Namun cara dan punca itu yang boleh jadi igauan berbeza sepanjang hayat. Anaknya meninggal kerana eksiden dilanggar sebuah lori besar.


Bulan sebab tayar meletup. Bukan sebab ada minyak di jalan. Puncanya pemandu lori itu tukar lagu yang dia nak dengar dekat telefon. Beberapa saat sahaja fokus hilang orang lain terpaksa bayar dengan nyawa mereka. Menanggung kesedihan sepanjang hayat. 

Rasa bersalah dan kesal. Namun tidak bermakna lagi.

Kuasa fokus ini selalu dibincangkan orang yang berjaya mempunyai kuasa fokus yang amat tinggi.
Tatkala kuasa fokus semakin dilihat tipis, mereka akan cas semula. 

Sebab ia elemen yang penting untuk ukur kejayaan.

Untuk hafaz al-Quran juga perlu fokus yang tinggi. Kerana kita hidup dalam zaman yang penuh dengan gangguan. 

Gangguan ini pula kadang menyebabkan kita tidak dapat siapkan tugasan hafazan kita. Katakanlah tengah hafaz tiba ada gangguan dari handphone. Kita pun tengok dalam 5 minit. Lepastu sambung lagi. Kalau 5 kali kita layan gangguan tu, kita telah rugi 25 minit masa untuk fokus.  Dan ia tidak membantu.  

Kadang kita banyak benda yang kita hendak buat tapi selalu gagal. Sebab gangguan ini. 
Gangguan Handphone terutamanya. 

Apa nam buat? Kita perlu setkan dan tetapkan masa kita. Kita tentukan diri kita. Kalau kata kita dah setkan masa satu jam untuk hafaz, jauhkan diri kita dari handphone selama satu jam.

Kawan kita datang nak ajak borak kita kata tunggu sekejap lagi. Sekarang masa untuk aku hafaz. 

Set dan tulis. Tulis minggu ni nak hafaz banyak mana. Tampal dan doa pada Allah agar dipermudahkan.



Fokus. 

Thursday, September 3, 2020

MELAGUKAN BACAAN AL-QURAN

Al-Quran boleh dinikmati. Dekat Mekah apabila mendengar imam membaca al-Quran terasa sangat asyik dan nikmat. Pernah satu ketika masa saya berada di Masjid Husin di Kaherah Mesir, tunggu untuk solat Jumaat.

Ketika itu, sebelum solat Jumaat seorang Qari  membaca ayat quran secara mujawwad. Syeikh Nuaina ketika itu. Ya, Allah sedapnya bacaan. Meruntun jiwa. Ramai mengalir air mata. Ya, orang Arab Mesir, mudah sahaja jatuh air mata apabila mendengar bacaan al-Quran.

Itulah mungkin dikatakan kalau nak rasa asyik ketika solat, solatlah di sebelah orang Mesir. Mudah sangat mengalirkan air mata. 

Sebelum ke Mesir dulu, waktu di Kursus Intensif Bahasa Arab, guru yang mengajar kami salah seorang adalah Ustazah kelahiran Mesir. Ada masa dia akan minta kami membaca ayat al-Quran. Ketika itu dapat tengok ada masa dia sedih. Rupanya ayat al-Quran yang dibaca ketika itu cerita tentang azab dan neraka. 

Nabi sendiri pernah pesan supaya membaca al-Quran 
Untuk hafaz juga digalakkan untuk memahami lagu. Bacaan berlagu.

TIDUR YANG CUKUP

Dalam hidup ini, secara purata kita akan gunakan 30 peratus dari jumlah umur kehidupan kita untuk tidur.

Tidur ini juga adalah suatu keperluan untuk tubuh badan kita. Sama macam makan, kita mesti tahu bilangan kalori protein, makanan tambahan untuk tubuh, tidur juga begitu. Berapa banyak tidur kita perllu ambil. Berapa lama yang bagus. Jadi tidur adalah keperluan sama macam bernafas, makan dan minum.

Di sana terdapat banyak kajian tentang tidur. Walaupun ia masih menjadi misteri kenapa manusia perlu tidur, namun kebaikan dan manfaat tidur telah dapat dikaji. 

Kajian berkenaan dengan otak juga menyatakan bahawah tidur yang cukup akan mambantu dalam fungsi otak. 


Apa yang berlaku ketika tidur?

Pemulihann pada tubuh badan kita. Masa kita tidur  hormon akan dikeluarkan untuk pulihkan semula pembuluh darah. Tingkatkan sel putih yang tujuannya adalah untuk virud dan bakteria.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa masa tidur memori dan apa yang telah dipelajari sebelum itu akan akan beralih ke memori jangka panjang. Kita ada memori jangka pendek dan memori jangka panjang.

MAKANAN

Makanan.

Apabila kita terjumpa dengan seorang budak atau sesiapa sahaja yang mempunyai kecerdasan untuk ingat ayat al-Quran, antara yang kita ingin tanya bagaimana dia boleh ingat dengan baik adalah.

"Apa yang awak makan?"

Kerana kita nak tahu apa rahsianya dia boleh jawab dengan lancar. 
Ikut kajian selain dari amalan hidup sihat, makanan juga menjadi penyumbang utama pada kesihatan otak.

Sedar atau tidak, dalam banyak-banyak organ pada tubuh kita, bahagian atas kita iaitu otak kita menggunakan tenaga yang paling banyak. Ikut kiraan, sebanyak 20% tenaga dari badan kita otak kita habiskan. Jadi sebab itu, suka atau tidak kita perlu beri 'makan' pada otak agar ia sihat. Sihat untuk mengingat pelajaran khususnya dalam menghafaz al-Quran.

Ada beberapa makanan yang boleh diambil untuk bantu otak kita berfungsi atau bekerja dengan baik. 

5 Makanan ini akan bantu untuk dapatkan tenaga yang baik untuk otak.

1- Minyak kelapa. Bolehlah amalkan minyak kelapa dara satu hari satu sudu. Ada banyak jenama yang ada dijual di kedai.

2- Sayur bayam. Pernah tengok cerita Popeye. Dalam cerita tu Popeye bila makan sahaja sayur bayam ni dia akan jadi kuat. Menurut kajian, sayur bayam ini bantu memperlahankan proses hilangnya memori.

3- Bawang Merah. Ini bahan biasa ada dekat rumah. Kebanyakan masakan memang akan guna bawang merah. Yang terbaiknya bawang merah ni, Ia bantu untuk tingkatkan pengaliran darah ke otak. Dan ia dapat bantu tingkatkan memori kita. 


Memori juga dapat ditingkatkan dengan mengambil bawang merah.


Dan banyak lagi makanan yang boleh bantu seseorang untuk hafaz al-Quran. 

Walaupun hati telah dijaga. Makanan juga boleh jadi penyumbang bagi kecerdasan hafaz al-Quran. Kajian berkenaan dengan otak manusia ia menunjukkan kecerdasan juga bergantung pada apa yang kita makan. 



Wednesday, September 2, 2020

MASUK PERTANDINGAN

"Mak esok adik nak lumba lari ni. Doakan ya supaya adik menang."

Di sekolah ada acara sukan. Ada lumba lari. Ada lompat tinggi. Lompat jauh. Semua acara ini, selain untuk cari pemenang tujuan utamanya adalah untuk memastikan murid di sekolah mengambil bahagian. Untuk apa sahaja acara sekurang-kurangnya mereka diberi peluang untuk diri mereka lihat kemampuan diri. 

Selain itu pertandingan adalah satu acara untuk membangkitkan semangat dalam diri. Dalam jiwa. Sebab itu, antara acara yang ditunggu-tunggu dan meriah adalah acara sukan sekolah.

Selain dari acara sukan, ada juga pertandingan lain. Ada juga pertandingan deklamasi sajak, acara berirama dan sebagainya. Dan apabila menang atau kalah, mereka tetapi puas. Menang itu adalah satu bonus. Tapi apa yang mereka dapat ketika latihan dan ilmu itulah bekalan mahal yang mereka sebenarnya dapat.

Untuk pertandingan hafazan juga tidak kurang hebatnya. Di Malaysia sahaja ada banyak kategori dan peringkat. Kategori surah pilihan. Kategori juzuk. 

Peringkat daerah, peringkat negeri dan kebangsaan. Sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Kita dapat tengok hasil dari pertandingan ini juga melahirkan penghafaz al-Quran yang melatih hafazan mereka sehingga berjaya lancar. 

Bukanlah kemenangan itu atau hadiah itu penting. Tetapi dengan pertandingan seperti ini akan membangkitkan semangat dan kegigihan untuk menghafaz. 

وَفِي ذَٰلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ (26)

Semerbak bau minyak kesturi sampai pada puncaknya. Demi mendapatkan ganjaran yang mulia ini, hendaknya orang berlomba-lomba untuk mendapatkannya dengan mengamalkan apa yang diridai Allah dan meninggalkan apa yang dimurkai-Nya.

Untuk syurga Allah memberi semangat dan dorongan agar kita berlumba-lumba. 
Masuk bertanding adalah dengan niat untuk lihat bagaimana usaha orang lain yang telah berjaya dan tingkatkan semangat untuk jadi sama macam mereka.

Bila kita tengok orang lain boleh hafaz. Kita pun tanya macamana mereka boleh buat. Kalau mereka boleh aku pun boleh. Selain dapat kenal orang lain kita boleh bertanya cara mereka menghafaz. Cara mereka mengulang dan sebagainya.

AYAT KEMBAR

Dalam hidup kita kadang kita jumpa orang yang mempunyai paras yang sama. Kita gelar mereka ini kembar. Ada yang kembar dua tiga dan sebagainya. Antara kembar ini pula ada kembar seiras dan ada juga kembar tidak seiras. 

Untuk kenal mereka ini, kadang orang yang rapat pun boleh tersalah panggil nama. Kalau bukan kembar kadang adik beradik pun boleh tersalah sebab muka hampir sama.

Dalam ayat alquran juga begitu. Ada ayat yang sama. Ada yang hampir sama. Dan ini juga antara cabaran yang perlu ditempuh.

Dalam al-Quran terdapat ayat yang lebih kurang sama. Ayat ini dipanggil ayat mutasyabihat. Untuk ayat ini ada cara untuk menjadikan ia ingat dengan kuat dalam ingatan kita.

Caranya adalah pastikan ayat-ayat mutasyabihat ini. Pastikan di mana ayat ini berada. Dalam surah apa, dalam juzuk ke berapa dan sebagainya.

Diulang ayat ini berkali-kali.  Sekurangnya 10 kali atau 20 kali. Ini semua bergantung pada individu. Ada yang perlu ulang banyak kali baru dapat. Ada yang perlu ulang sedikit sahaja dah dapat. Tapi yang penting adalah diulang-ulang sehingga dapat.

Contoh ayat yang agak sama adalah dalam surah al-Anam.

قال الله سبحانه وتعالى في سورة الأنعام: {وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ مِنْ إِمْلَاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ (151)}.


Dalam surah al-Israk

وقال سبحانه في سورة الإسراء: {وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا (31)}.


Bila kita tengok contoh dua ayat kat atas ini kita pasti perasan lebih kurang sahaja pada bahagian permulaan ayat. Yang mula ada satu sahaja beza. 

Dekat hujung pula ada beza lagi.

Begitu juga kalau kita tengok dalam surah ar-Rahman. Pengulangan ayat yang sama seperti 

(فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ):

Ayat ini ayat yang sama. Bezanya adalah ayat selepas dan sebelumnya. Jadi ia perlu diulang lagi dan lagi. Begitulah seterusnya.

Sebelum diulang ayat ini banyak kali, memahami maksud ayat-ayat tersebut pasti dapat membantu dalam usaha menguasai hafazan ayat yang sama ini.

Monday, August 31, 2020

SABAR DAN JANGAN BERALIH

Jangan beralih selagi belum mutqin. Apabila hadaz sesuatu ayat. Salah satu yang perlu diamalakan adalah dengan jangan beralih. Selagi ayat yang baru dihafaz belum betul-betul ingat. 

Jangan terburu-buru untuk habiskan hafazan sahaja kerana ayat yang dah hafaz kemungkinan akan lupa.

Yang dikejar tak dapat. Yang dikendong berciciran. 

Allah suka hambanya bila lakukan satu-satu amalan itu dalam keadaan mutqin. 

SENAMAN

Ini adalah tambahan dari asas sebelum ini. Senaman adalah satu perkara yang penting untuk dibuat. 

Kajian menunjukkan, semakin hari otak kita akan kehilangan  

GUNA MUSHAF YANG SAMA

Gunakan mushaf yang sama ketika menghafaz. Mushaf yang sama ini boleh beli dalam saiz yang berbeza. Saiz kecik hingga besar. Dekat rumah ada satu, dekat dalam kereta ada satu, dekat pejabat ada satu. Tapi semuanya adalah tulisan yang sama. 

Kerana ada mushaf yang berbeza dari segi warna dan sebagainya.

Cadangan saya gunakan mushaf madinah. Tulisan cerah. 

Sunday, August 30, 2020

5 MULA DENGAN JUZUK YANG MUDAH

Asas seterusnya adalah memulakan hafazan dari juzuk yang mudah.
Dan surah yang biasa diamalkan masyarakat. Walaupun ia tidak tersusun. Sebagai contoh. 

Mulakan dengan juzuk amma. Juzuk 30 sebab biasanya imam di masjid juga baca surah-surah dari juzuk 30.

Surah Yasin, Surah Jumuuah, Surah Sajjadah, Surah Al-Insan, Arrahman, surah alkahfi antara surah--surah yang popular di Malaysia. Boleh sahaja mula dengan juzuk dan surah ini.

 Atau boleh mula dengan juzuk 30, kemudian 29 kemudian mula hafaz surah al-Baqarah dan Ali-Imran. Dua surah ini antara yang mudah dihafaz.

Dan boleh mula dengan surah-surah yang mempunyai kelebihn yang disuruh. Seperti surah al-Mulk, surah Alkahfi dan sebagainya.
Surah almulk sebagai contoh dibaca pada setiap hari Jumaat. Begitu juga dengan surah Al-Mulk. 

Surah al-Mulk jika diamalkan setiap malam, ia akan jadi penolong ketika di alam barzah.

Surah Qof Nabi baca juga pada hari jumaat.


4SOLAT DI BELAKANG IMAM HAFIZ

Asas seterusnya adalah solat di belakang imam yang Hafiz.

Ada 3 solat yang boleh dimanfaatkan. Solat Subuh, Maghrib dan Isyak.

3 Solat ini, boleh dimanfaatkan. Ada sahaja imam hafiz yang terus membaca sehingga khatam dalam solat-solat fardhu tersebut.  Sekiranya ada, bolehlah dimanfaatkan bacaan mereka. Boleh diulang-ulang.

Sekiranya ada imam hafiz yang mutqin dari segi tajwidnya lebih baik. Sekiranya ada boleh ambil peluang.

3 BAWA MUSHAF

3 Dari 20 asas kedua adalah membawa bekal mushaf kecil kemana sahaja anda pergi.  Kerana dalam kita tidak sedar setiap orang dari kita ada waktu lapang yang tidak kita perasan. Waktu lapang ini tidaklah lama tappi kalau diampurkan ia menjadi besar. 


Kita kadang ada waktu senggang yang kalau dikira atau ditambah jadi banyak. Berikut mungkin masa senggang yang kita ada yang kita tak boleh gunakan.

1- Masa tunggu bas. 
2- Masa dalam kereta ambil anak.
3- Masa senggang tunggu makanan siap masa order.
4- Waktu tunggu waktu solat
5- Waktu tunggu waktu azan
6- Waktu naik bas
7- Ketika naik kapal terbang.
8- Waktu tengah tunggu isteri masak.
9- Waktu tunggu kopi dekat kedai kopi.
10- Dan waktu senggang yang lain.


Antara waktu rehat. Masa tu hafaz. Waktu-qaktu lain juga. Bawa selalu mushaf. Waktu ini kalau ditambah-tambah mungkin akan dapat dalam 1jam. 

CARI RAKAN

2 Dari 10 Asas Kedua

Hafaz al-Quran ini bukan kerja mudah. Tidak mudah kerana akan ada halangan. Halangan dari diri sendiri. Halangan dari suasana sekeliling. Jadi perlu ada pendorong yang kuat. Terutama dari rakan yang sama-sama berjuang.

Kalau seorang kemungkinan untuk gagal adalah tinggi. Apabila ada kumpulan, kawan dalam kumpulan akan berikan semangat dan nasihat sekiranya ada rasa nak berhenti atau lemah semangat.

Saya ingat dulu ada seorang sahabat saya, dia memang lancar hafazan al-Quran. Sehari dia baca memang banyak. Ada masa dalam 3 hari sahaja sudah khatam.

Satu hari dia mengaku. Ada masa dia rasa lemah semangat. Apa dia buat? Dia pergi jumpa seorang ustaz. Seorang ustaz yang sambung belajar ketika itu. Dia minta nasihat untuk naikkan semangat dia. Dan begitulah seterusnya bila dia lemah semangat dia jumpa ustaz itu.

Manusia memang begitu. Tidak boleh sendiri. Fitrah kita perlukan orang lain.Maka carilah rakan seorang dua orang atau lebih untuk mulakan usaha murni ini.

Nabi pesan, Assyaitonu maa wahid wahua minal ithnaini abaad.

Syaitan kalau dengna seorang mendekat, bila berdua dia akan menjauhkan diri.

1 TENTUKAN BERAPA MASA YANG DIPERLUKAN

Sepuluh asas kedua untuk hafaz alquran.

1- Tentukan berapa masa yang diperlukan dari hidup untuk hafaz seluruh al-Quran. Samaada setahun, dua tahun ataupun lima tahun. 

Mungkin sepuluh tahun.

Dari situ baru boleh dibuat plan bagi merealisasikan kejayaannya. Contoh Maahad Tahfiz juga berbeza. Ada yang menetapkan setahun setengah. Ada yang menetapkan program 3 tahun. 5 tahun dan sebagainya. 

Hafazan ini pula, ada rancangannya untuk tujuan mengulang. Bila perlu murajaah. Banyak mana sehari nak mengulang. Banyak mana sehari nak hafaz baru. Bila masa nak tangguh hafaz dan lancarkan hafazan lama. Semuanya ada cara dan teknik. Dan setiap maahad mungkin ada cara dan teknik yang berbeza. Bahkan di setiap negara yang mempunyai maahad tahfiz mempunyai cara dan metode hafazan yang berbeza.

Bagaimana pula bagi mereka yang bekerja. Adakah boleh untuk mereka menghafaz. Ya boleh. 

Apabila sudah tentukan berapa masa yang diambil mungkin akan ada yang bertanya atau bercakap. Saya kalau boleh nak kaedah yang lebih cepat. Saya dah tak sabar nak hafaz alquran semuanya. 5 tahun rasa lama.
Saya nak dua tahun.

Tanya balik berapa kali dalam hidup kamu yang telah berlalu dua tahun tanpa ada satupun ayat yang dihafaz?

Ini kita akan baca lebih lanjut dalam Kaedah Menghafaz Al-Quran Berkesan.

Friday, August 28, 2020

MELAGUKAN BACAAN ALQURAN KETIKA HAFAZAN

Saya ingat masa bertugas sebagai pensyarah jemputan di Darul Quran. Biasa yang menjawat jawatan pensyarah jemputan ni mereka yang baru  habis belajar. Tapi ada juga mereka yang memang lama yang menjadi pensyarah jemputan. ini seperti mereka yang bertugas sebagai imam masjid. 


Ada juga yang teruskan bekerja sebagak pensyarah jemputan dan asa juga yang keluar bila dapat tawara. Lain.


Kerja secara kontrak. Bertugas sebagai guru tasmik. Mendengar dan membetulkan bacaan pelajar pada waktu pagi. Saya kira ia salah satu pengalaman yang mahal bagi saya.

Sementara itu, kita dapat lihat mana satu murid yang bagus bacaannya.  Biasanya, bacaan mereka akan mula berubah kepada lebih baik. Samaada dari segi bacaan mahu pun lagu. Saya ingat seorang sahabat saya cerita tentang seorang anak murid dia. "Bacaan dia memang sedap dulu."

Cerita tentang salah seorang peserta Akademi Alquran yang pada tahun itu menjadi juara. Hafazan dengan kemahiran lagu yang baik dapat membantu.

Mungkin dibaca dengan tarannum ia lebih melazatkan bacaan. Dan mudahkan ingatan.

Thursday, August 27, 2020

CARA MENGULANG AL-QURAN

Banyak cara untuk mengulang alquran.

1- Ketika dalam perjalanan.

Baca alquran atau membperbanyak baca alquran di mana sahaja tempat laluan yang kita lalu. Contoh kalau waktu pagi dalam perjalanan naik keretapi atau naik bas, maka ketika itu latih untuk mengulang-ngulang al-Quran ayat yang telah dihafaz kuat. Ayat yang paling diingat. 


2- Ketika soat malam. 



3 - Berjalan-jalan dengan ayat Alah subhanhu wataala. 


NAK MASUKKAN ANAK KECIL KE MAAHAD TAHFIZ?

Bila waktu yang sesuai untuk masukkan anak ke Maahad Tahfiz.

Sebelum ini ada dalam tajuk buku ni  disebut tentang ajar anak hafaz ketika masih kecil. 
Masukkan anak ke Maahad tahfiz dengan ajar anak menghafaz adalah dua perkara berbeza.

Syeikh yang masih mengajar di Azhar ada yang berpandangan tidak sesuai kita memisahkan anak yang masih kecil untuk pergi sendiri berdikari dan duduk di maahad tahfiz.

Nak urus diri sendiri, basuh baju, makan dan sebagainya untuk hafaz alquran. 

Bagaimana kita nak buat?

Boleh hantar ke maahad tahfiz harian. Ada sahaja yang menawarkan pakej hafazan harian ini. Ada seorang kawan saya dia hantar anak mereka yang berumur 9 tahun pada waktu pagi dan mengambil waktu malam. Dalam tempoh itu, mereka menghafaz dan mengulang di sekolah. 

Tapi untuk urus pakaian dan sebagainya mereka yang uruskan.

Mereka terpaksa berpindah ke kawasan yang lebih dekat dan ia adalah satu keputusan yang sangat mendamaikan apabila anak mereka berjaya menghafaz alquran ketika berumur 12 tahun lagi. 

Tapi untuk kita hantar anak yang sekecil 7 tahun untuk berdikari, syeikh kata janganlah kita ambil masa kecil mereka untuk mereka bermain. Berilah mereka satu memori kebahagiaan dan kegembiraan menjadi anak kecil. 

Dan sungguhpun bagus untuk hafaz ketika kecil, kita perlu memantau mereka dari dekat. Ini hanyalah pandangan peribadi saya. Mungkin di sana ada pandangan yang lebih baik dari ini. Untuk saya, inilah yang saya pegang buat waktu ini.

Wednesday, August 26, 2020

HAFAZ KETIKA KECIL

10 ASAS KEDUA - HAFAZ KETIKA KECIL


Ada satu peribahasa arab 

ﺍﻟﻌﻠﻢ ﻓﻲ ﺍﻟﺼﻐﺮ ﻛﺎﻟﻨﻘﺶ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﺤﺠﺮ

bermaksud, 

Belajar diwaktu kecil itu, bagaikan mengukir di atas batu. 

Kita akui perkara ini. Kalau anak kecil kita ajar dia akan ingat sampai besar. Kita kata hatinya masih bersih. Masih murni. Kurang dosa. Tapi begitulah juga dalam hal hafaz al-Quran. 

Kalau kita tengok orang arab biasanya akan tentukan anak mereka untuk hafaz al-Quran sejak dari kecil. Lihat dekat masjid-masjid selepas asar ada sahaja budak kecil di susun jauh-jauh sebelum menghantar hafazan di hadapan guru.

Bukan bermaksud yang besar tidak boleh hafaz al-Quran. Cuma bila kecil ia lebih mudah lagi. Kita lihat ramai yang dari indonesia yang mengamalkan pembacaan anak-anak kecil sejak dari bayi lagi. Dan ia sangat membantu anak-anak tersebut menghafaz al-Quran.

Ada yang 4 tahun. 5 tahun. Bahkan yang 3 tahun pun masih boleh diketemui.

Sekiranya umur sudah tua, tidak bermaksud tidak boleh hafaz. Ia kitab mukjizat dan ramai sahaja yang telah tua masih mampu dan boleh menghafaz al-Quran. Yang berumur 70 tahun pun masih lagi ada. Semua dengan Izin Allah subhanahu wataala.

Selain usaha ia juga pilihan Allah subhanahu wataala.

Tuesday, August 25, 2020

KAEDAH HAFAZAN AL-QURAN

Cara dan Teknik Hafazan Al-Quran ini ada banyak.  Oleh kerana ramai yang mahu mendapat manfaat menyebarkan kebaikan, maka ramai yang berkongsi teknik untuk menghafaz al-Quran ini.

Jadi tidak hairanlah jika dikatakan terdapat pelbagai teknik untuk hafaz al-Quran. 

Teknik dan kaedah mungkin berbeza namun tujuannya tetap sama untuk memelihara kalam Allah subhanahu wataala. Tinggal lagi, kita perlu mencari dan melihat mana satu teknik yang sesuai untuk diri masa dan persekitaran kita.

Di sini dikongsi beberapa teknik hafazan di Malaysia secara khususnya dan juga teknik dari luar negara. 

Kaedah Hafazan Al-Quran Model Malaysia