Wednesday, September 2, 2020

AYAT KEMBAR

Dalam hidup kita kadang kita jumpa orang yang mempunyai paras yang sama. Kita gelar mereka ini kembar. Ada yang kembar dua tiga dan sebagainya. Antara kembar ini pula ada kembar seiras dan ada juga kembar tidak seiras. 

Untuk kenal mereka ini, kadang orang yang rapat pun boleh tersalah panggil nama. Kalau bukan kembar kadang adik beradik pun boleh tersalah sebab muka hampir sama.

Dalam ayat alquran juga begitu. Ada ayat yang sama. Ada yang hampir sama. Dan ini juga antara cabaran yang perlu ditempuh.

Dalam al-Quran terdapat ayat yang lebih kurang sama. Ayat ini dipanggil ayat mutasyabihat. Untuk ayat ini ada cara untuk menjadikan ia ingat dengan kuat dalam ingatan kita.

Caranya adalah pastikan ayat-ayat mutasyabihat ini. Pastikan di mana ayat ini berada. Dalam surah apa, dalam juzuk ke berapa dan sebagainya.

Diulang ayat ini berkali-kali.  Sekurangnya 10 kali atau 20 kali. Ini semua bergantung pada individu. Ada yang perlu ulang banyak kali baru dapat. Ada yang perlu ulang sedikit sahaja dah dapat. Tapi yang penting adalah diulang-ulang sehingga dapat.

Contoh ayat yang agak sama adalah dalam surah al-Anam.

قال الله سبحانه وتعالى في سورة الأنعام: {وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ مِنْ إِمْلَاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ (151)}.


Dalam surah al-Israk

وقال سبحانه في سورة الإسراء: {وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا (31)}.


Bila kita tengok contoh dua ayat kat atas ini kita pasti perasan lebih kurang sahaja pada bahagian permulaan ayat. Yang mula ada satu sahaja beza. 

Dekat hujung pula ada beza lagi.

Begitu juga kalau kita tengok dalam surah ar-Rahman. Pengulangan ayat yang sama seperti 

(فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ):

Ayat ini ayat yang sama. Bezanya adalah ayat selepas dan sebelumnya. Jadi ia perlu diulang lagi dan lagi. Begitulah seterusnya.

Sebelum diulang ayat ini banyak kali, memahami maksud ayat-ayat tersebut pasti dapat membantu dalam usaha menguasai hafazan ayat yang sama ini.

No comments:

Post a Comment