Thursday, September 3, 2020

HAFAZ-HAFAZ TAK DAPAT

Ada orang bila hafaz al-Quran seminit dapat 10 ayat. Ada orang hafaz al-Quran seharian satu ayat tak habis-habis. 

Tak dapat diulang lagi, diulang lagi namun masih gagal untuk hafaz. Apabila jadi macam ni, perlu sabar kerana Allah sedang ajar tentang hikmahya.

Tapi kalau kita semangat hafaz al-Quran sebab cepat untuk dapat title atau gelaran sebagai penghafal, di sinilah syaitan akan mula datang dan bermain dengan hati kita. 

"Kau tak layak untuk hafaz al-Quran. Kau dah tua. Faktor usia tua kau nilah kau cepat lupa."

Mungkin dia akan akan bisik. Faktor kesibukan. Kau tak boleh. Kau tak layak. 

Tapi kalau kita faham satu konsep yang awak disebut dalam tulisan ini. 
Iaitu lakukan sesuatu hanya kerana Allah, maka Allah akan berikan hikmahnya kepada kita.

Apabila niat hafaz hanya kerana Allah, dan Allah telah pilih seseorang untuk hafaz, ternyata tidak semua akan dapat hafaz 30 juzuk. Allah hendakkan al-Quran memberi manfaat dalam kehidupan. 

Apakah 30 juzuk? Atau sebahagiannya sahaja? Namun, jangan kita rasa kita tak mampu terus untuk hafaz 30 juzuk. Ini kita akan tahu bila sampai umur kita di dunia ini. Ketika itu baru tahu. Namun sebelum itu, kita hanya fikir tentang hikmahnya sahaja.

Ia macam satu perjalanan  yang kita tempuh. Niat kita nak tempuh tu kita dah rancang banyak mana. Cuma kita tak sama kereta dengan orang lain. Orang lain amik masa sekejapan sahaja mungkin.

Kita mungkin perlu isi minyak dulu, 
Mungkin perlu rehat dan rawat dulu,
Mungkin perlu betulkan tayar dahulu. Dan kita amik setiap titik perjalanan itu tadi dengan penuh hikmah. Kita tahu kita lambat tapi bukan kita terus berhenti. Perjalanan tetapi diteruskan. Sampai bila?
Sampai akhir hayat. Ketika itu baru kita tahu.

Hadith riwayat tirmizi pada hadith bernombor 2910 dan 29120

Siapa yang baca satu huruf dari kitab Allah, akan dapat 10 kebaikan. Aku tak kata aliflammim itu satu huruf. Tapi alif itu satu huruf. Lam itu satu huruf dan mim itu satu huruf. Dan bagi setiap satu huruf itu 10 kebaikan.

Jadi lambat atau cepat. Pahala tetap dapat. Ia bukan sekadar yang hafaz 30 juzuk. Walaupun lambat tetapi diulang banyak kali. Masih tak dapat. Diulang 10 hingga 20 kali masih tak dapat. Setiap bacaan itu tetapi dikira. Sebagai pahala.

Maka dapat atau tidak itu perkara kedua. Perkara pertama, setiap bacaan itu dibayar pahalanya. Diberi kebaikannya oleh Allah subhanahu wataala. Dan ketika itu, kita tidak akan berputus asa. 

Berbeza bila kita buat sesuatu. Contohnya kita baru belajar buat bangunan. Lepas tu kita dapat satu tender untuk buat rumah. Kita pun buat. Tengah buat tu, ada yang runtuh. Ada tiba-tiba senget. 
Macam-macam benda berlaku. Disebabkan itu, kita tidak dibayar lagi. Kalau sebulan, sebulan penuhlah tak dibayar. Sebab janji lepas siap baru dibayar. Akhirnya kita putus asa. 

Beza bila kerja dengan Allah taala. Mula letak bata pertama (baca huruf pertama) terus dibayar pahalanya. Jadi perlukah ada putus asa? Tidak. Teruskan sahaja.

Kenapa dia hafaz sekejap sudah dapat? 
Kita ni hafaz lama pun tak dapat-dapat?
Jadi fahamkan  sebenarnya bukan banyak mana yang Allah nak kita hafaz, tetapi banyak mana pahala Allah nak kita dapatkan. Hasil pengulangan yang banyak itu tadi.

Mungkin kerana dia kurang dosa dan kita dosa lebih. Dan Allah tahu. Dan Allah nak selamatkan kita dengan beri pahala yang lebih sebab lamanya masa untuk dapatkan hafazan tadi hasil dari banyakka pengulangan bacaan ayat itu tadii.

Hafiz ataupun tidak itu kita tidak peduli. Yang penting Allah redha dengan apa sahaja hafazan ayat saya. Tapi kalau hafaz ayat pertama dari surah Ya Sin itu sampai 5 hari. Itu keterlaluan.

No comments:

Post a Comment