Showing posts with label BAB 4 CERITA PENGHAFAZ ALQURAN. Show all posts
Showing posts with label BAB 4 CERITA PENGHAFAZ ALQURAN. Show all posts

Friday, August 28, 2020

HAFAZAN IBARAT BEKALAN?

Ada satu perkara yang perlu diambil fikir dan diambil berat sebelum menghafaz Al-Quran. 

Ia akan bersangkut dengan tujuan dan motivasi untuk hafaz al-Quran itu sendiri. Semoga tulisan ini menjadi pengingat buat yang sudah lupa, dan membangkit semangat mereka yang telah tidur. Semangat ketika awal menghafaz akan mula mengendur dek kerana halangan dan ujian di pertengahan jalan.

Hafazan ini ibarat bekalan yang diletak di belakang tunggangan. Kitalah tunggangan itu. Hari pertama membawa bekalan yang tidak berat. Semakin hari ditambah, tanggungan semakin berat. 

Badan mula merasa lelah. Kalau dulu, untuk sampai ke perjalanan akhir cepat dan mudah. Sekarang sudah mula merasa berat. Ya, dulu mungkin perlu ulang sehari satu muka surat sahaja. Sekarang perlu 1 juzuk. Mungkin 2 juzuk. Mungkin 3 hingga ke 5 juzuk. Ketika inilah, kita perlu rujuk bagaimana caranya untuk kita buat benda ni. 

Bagaimana mereka yang berjaya menjaga hafazan lakukan dan usahakan. Mereka makan nasi yang sama. Hidup udara yang sama. Mempunyai masa dan waktu yang sama. kita belajar dari mereka.

Kita perlu berkorban. 

Berkorban masa 1 jam satu hari. Sedangkan waktu 1 jam itulah waktu kita untuk gelak ketawa dengan sahabat di kedai makan.



HASAD (GIHIBTOH ) YANG DIBOLEHKAN


بي هريرة في البخاري، فقد ذكر النبي    ﷺ: لا حسد إلا في اثنتين، وذكر الأول قال: ورجل آتاه الله القرآن فهو يقوم به آناء الليل وآناء النهار

Dan seorang yang diberi Allah kepadanya Al-Quran dan ia membaca dan beramal dengannya malam dan siang.

Dan seorang yang diberikan pada mereka harta........


Tuesday, August 25, 2020

MUAZ

USTAZ ADI HIDAYAT

Kalau nak cerita tentang tokoh yang menghafaz al-Quran ramai. Kenapa perlu cerita tentang mereka adalah untuk mengambil faedah dari mereka.
Perjalanan mereka tak sama. 

Ada yang susah dan ada yang mudah. 
Perlu kita ambil nasihat dari mereka yang telah berjaya menghafaz al-Quran agar kita boleh sedikit sebanyak meniru apa yang mereka lakukan dengan harapan kita jadi bayang mereka. Seperti dalam cermin. 

Tokoh luar dari negeri jiran kita adalah Ustaz Adi Hidayat.  Beliau yang lahir pada tahun 1984 ini bukan sahaja hafaz al-Quran semata. Beliau tahu mana letak duduk setiap kalimah. Setiap baris, setiap nombor ayat muka surat dan juga tafsir ayat.

Selain dari Hafaz al-Quran, beliau juga menghafaz kitab-kitab hadith dan banyak menguasai pelbagai bidang dan disiplin ilmu. 

Apa yang dikatakan Ustaz Adi Hidayat tentang hafaz a-Quran?

1- Ada yang Allah inginkan antara penghafaz al-Quran bukan banyaknya hafalannya tetapi banyaknya pahalanya. Ini pesanan buat mereka yang lambat dapat ayat ketika hafazan agar tidak putus asa. Bila tidak dapat bukan bermaksud gagal. Tetapi sebenarnya sedang diberi oleh Allah ganjaran pahala kerana banyaknya pengulangan. Maksudnya, proses itu adalah berpahala dan disukai Allah. 


2- Pesan Ust Adi lagi, Allah melihat kesungguhan hambanya dalam melakukan ibadah. Ukuran penghasilan penghafaz al-Quran bukan 30 juzuknya. Tetapi kesungguhan dalam menghafal al-Quran. Sebab itu ramai antara yang hafaz al-Quran saat meninggal mereka tidak habis 30 juzuk al-Quran.  

Ada yang mungkin 5 juzuk. 
Ada yang mungkin 10 juzuk.
Ada yang mungkin 15 juzuk.

Dan ada juga yang mungkin 1 juzuk.

Dan ada juga yang dapat hafaz 30 hingga 50 ayat dan meninggal. Tetapi mereka tetap dapat pahala dan ia menghilangkan dosa.

Jadi mereka sentiasa menambah pahalanya dan bukan ayatnya.

Dan banyak lagi yang beliau katakan tentang hafaz al-Quran.

Kesimpulannya, kita bolehlah jadikan beliau sebagai salah seorang idola dalam hafaz al-Quran. Soalan yang perlu ditanya, nak membesar menjadi seperti siapa. Bukan nak jadi apa. Nak menghafaz al-Quran seperti siapa?

Dengan adanya idola diharapkan dapat menjadi seperti mereka walaupun bukan seratus peratus.