Showing posts with label BAB 1 10 ASAS PERTAMA. Show all posts
Showing posts with label BAB 1 10 ASAS PERTAMA. Show all posts

Thursday, September 3, 2020

ALLAH TELAH MUDAHKAN UNTUK HAFAZ ALQURAN

Dalam satu ayat Allah sebutkan 


وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ (22)


Pada ayat yang berwarna merah itu. Ada huruf lam. Dan ada Qod.
Lam ni Taukid maksudnya - meyakinkan
Qod ni Tahkik maksudnya - menjamin kepastian. Dan biasanya dalam ayat lain kalau dah ada Lam taukid tidak ada dah Qod tahkik ni.

Kalau tengok dalam surah Al-Asr pada hujung ayat kedua. Lafi Khusr. Ada lam sahaja.

Pada surah Al-Mukminun ayat pertama Qod Aflaha. Diletakkan Qod. 
Tapi pada ayat ini, diletakkan dua-dua sekali. LAQOD.

Sebab apa? Sebab untuk perkara ini ramai yang ragu tentang apa yang disebutkan itu. Sebab peratusan keraguan dan ketidak percayaannya Allah letakkan dua-dua sekali agar ianya diyakini. Percayalah. 

Jadi sebelum hafaz. Mesti yakin dulu yang sebenarnya dan hakikatnya ia sangat-sangat mudah. Budak umur 3 tahun boleh hafaz. Orang tua berumur 70 tahun pun mudah sahaja hafaz. Jadi kita pasti boleh hafal dan jangan ragu.

Keraguan itu dibawa oleh musuh kita. Syaitan.

Pada kalimah kedua perkataan Yassarna. Dalam bahasa arab perkataan mudah ini ada dua. Pertama Yusrun kedua Sahlun. 

Tapi dua perkataan ini walau maksud nya sama membaca maksud mudah tapi ada bezanya.

Kalau Sahlun, ini mudah tetapi tidak bagi semua orang. Contoh, bahasa arab mudah bagi orang arab tapi belum tentu mudah bagi orang bukan Arab. Maksudnya kena belajar dulu.

Tapi kalau perkataan Yusrun maksudnya ia memang mudah. Tersangatlah mudah. Tanpa ada batasan. Contoh ambil atau angkat pensel. Semua boleh angkat. Bayi kecik pun boleh.

Jadi dalam ayat ini disebut mudah sangat untuk semua orang. Budak kecik boleh hafaz walau pun bukan orang arab. Orang tua boleh hafaz. Orang yang ada masalah pemikiran pun boleh dan mampu hafaz.


Sambung lagi yang ni






Saturday, August 29, 2020

10 SOLAT YANG KHUSYUK DENGAN MEMBACA AYAT YANG TELAH DIHAFAZ

Asas ke-10 dari sepuluh asas utama adalah membaca ayat yang telah dihafaz di dalam solat.

Bila dah hafaz satu-satu ayat ataupun surah, dengan usaha baca surah itu dalam solat akan bantu kuatkan lagi ayat itu dalam ingatan.

 Sebaiknya baca dengan Tadabbur. Maksudnya dibaca dengan faham ayat-ayat tersebut. Agar khusyuk hadir dalam solat.

Apakah boleh dibaca satu sahaja ayat yang telah dihafaz? Boleh juga. Walau diulang ayat yang sama berulang kali.

Dengan catatan,  ia bukan bacaan dalam solat jemaah. Ketika menjadi imam, adalah dilarang untuk membaca ayat yang panjang. Nak mengulang satu juzuk atau sebagainya bukan dalam solat fardhu. Kerana ketika menjadi imam kita perlu meraikan makmum yang berada di belakang. Ada orang tua. Ada budak kecil dan sebagainya. Lagi kalau masjid terletak di tepi jalan besar yang mana ramai musafir dalam perjalanan jauh singgah untk solat. 


Jadi untuk ulang adalah dalam solat sendirian. Solat malam. Ketika solat sunah dan sebagainya. Bukan solat sunat sebelum subuh dan sebagainya.
Solat yang terbaik untuk mengulang al-Quran adalah solat pada waktu malam. Solat Tahajjud. Solat malam pada setiap hari untuk mengulang al-Quran.

Selepas isyak atau waktu pagi.


9 BACAAN YANG BERTERUSAN

Asas 9 dari asas utama dalam menghafaz alquran adalah bacaan yang berterusan.

Tidak boleh tidak membaca ayat allah dengan banyak. Perlu rajin. Sekurangnya khatam alquran sebulan sekali atau kurang dari sebulan. 

Ada satu hadith yang cantik 

وقد ذهب عدد من محققي المفسرين كـ الطبري يرحمه الله، وابن كثير يرحمه الله إلى أن النسيان هنا على حقيقته، وقد ثبت أن النبي صلى الله عليه وسلم قد نسي بعض القرآن في صلاته كما هو في الحديث الذي رواه الشيخان عن عائشة رضي الله عنها أنها قالت: سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم رجلاً يقرأ في سورة بالليل فقال: يرحمه الله لقد أذكرني كذا وكذا آية أُنسيتها من سورة كذا وكذا. هذا لفظ البخاري، ولفظ 
مسلم رحمه الله: لقد أذكرني آية كنت أُنسيتها.


Adakah nabi lupa ayat quran? Sebahagian ulamak kata 
Mesti dengar quran banyak dan baca juga banyak.

Denga di dalam kereta, dalam kererta api. Dengar bacaan al-Quran dengan banyak.

8 TAJWID

Asas 8 dalam menghafaz alquran adalah menguasai tajwid. Adalah menjadi perkara yang betul  apabila menghafaz alquran dibaca dengan hukum tajwid yang betul.

Hukum tajwid yang betul bukan sekadar hukum panjang pendek dengan dan sebaaginya. Cara nak mulakan bacaan. Cara nak baca ayat yang  ada simbol-simbol tertentu. Cara nak baca aya yang berkatian dengan bacaan khiaf dan sebainya.

Orang yang baa alquran dan mahir dalam pembacaannya bersamas dengan safaratil kiromil bararah. 

Siapa safaratil kiromil bararah? Mereka adalah para Rasul(utusan Allah)
Samaada utusan dari kalangan manusia ataupun utusan dari kalangan malaikat.  

Dalam riawat lain dari imam bukhari, dan dia hafizon lahu. 



2 perkara penting untuk menguasai hafazan dengan tajwid adalah dengan 

1- Talaqqi bacaan dari guru yang mutqin

2- Bukan sekadar menguasai teori. Kerana teori dengan praktikal adalah dua perkara berbeza. Kita tidak dapat tahu dengan tepat bagaimana sifat huruf. Ketebalan huruf hanya dengan melalui pembacaan atau dari youtube.

Mesti berhadapan dengan guru. Tidak cukup hanya dengan sekadar mendengar dari kaset, komputer atau pun dari handphone semata-mata. Untuk sekadar alat untuk membantu hafazan, boleh.

Hukum mempelajari Tajwid adalah fardhu kifayah. Membawa maksud, kalau di dalam satu-satu qaryah atau wilayah telah ada yang memahami tajwid maka cukuplah. Kewajipan bukan ke atas semua. Sama seperti menguruskan mayat. 

Mengamalkan hukum tajwid ketika membaca al-Quran pula adalah fardhu ain bagi setiap muslim dan muslimat yang mukallaf.

Allah sebut dalam alQuran warattilil quraana tartiila.

Dan bacalah oleh mu al-Quran otu secara tartil (takwid)

Rasulullah juga berpesan bahawa,

"Sesungguhnya Allah subhanahu wata'ala suka akan hambanya yang membaca al-Quran bertepatan sebagaimana ia diturunkan."
Riwayat Ibnu Khuzamah.

Dan ulamak sejak dari zaman sahabat sehingga ke hari ini tegas mengatakan membaca al-Quran mesti dengan tajwid. 




7 MEMAHAMI AYAT ALQURAN

Asas yang ketujuh 7 adalah memahami ayat al-Quran.

 Ssatu ketika bila dengar imam mekah baca alquran, ada ketika kita dapat lihat mereka menahan air mata. Terseskak-esak bunyi tangisan ketika dalam solat. Kita pula kadang pelik bila orang menangis dalam solat. Namun ia pelik pada kita, tetapi ia biasa di negara arab Kenapa? Kerana mereka memahami ayat aluquran itu. Apabila ayat yang cerita tentang neraka seagai contoh sudah tentu terasa takut dan sedih dengan syarat perlu faham ayat alquran.

Apabila memahami ayat yang dihafaz, akan menambah kekuatan hafazan ayat tersebut. Dan apabila baca akan dapat merasai perasaan yang pelbagai. 

 Untuk memhami ayat alquran boleh dapat kan kitab-kita ini

Mukhtasar Tobari.   
Mukhtsar Ibnu Kathir. 

Banyak sangat kitab yang menceritak tetntang maksud ayat alquran. 
Bila faham ayat akan tahu sebab nuzul. Boleh tahu tentang ayat yang menceritakan tentnag hukum-hukum syarak. 

Ayat tentang puasa.. Tentang solat dan sebaginya. 

6 DOA YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH

Doa banyak-banyak. Doa sungguh-sungguh.

Doa ketika waktu doa istajab. Doa ketika dalam musafir selain keselamatan doa juga agar dapat memelihara al-Quran. Doa antara dua khutbah selitkan juga doa mudah untuk pelihara alquran.
Doa pada hari Jumaat. Doa selepas solat fardhu.

Doa ketika turunnya hujan. Tempat-tempat dan waktu-waktu istajabah doa yang diajar Rasulullah doa agar dipermudahkan hafaz alquran. 


4 BERAMAL DENGAN APA YANG SUDAH DIHAFAZ

Ini adalah satu antara yang berat sebagai pengamal al-Quran. Naum bukanlah orang yang hafaz alquran sahaja tugas dan bertanggungjawabdalam memelihara dan beramala degna alquran. Orang islam itu sendiri bertanggungjawab untuk mengamalkan apa yang terkandung dalam alquran.

Pernah satu ketika seorang ini di tanya tentang diri beliau.

"Encik Hafaz al-Quran kan?

"Ya"


"Encik amal ke apa yang encik hafaz?"

"Tugas mengamalkan alquran ini, adalah tugas semua orang yang beriman. Bukan tugas satu golongan sahaja. 

Terdiam seketika yang mewancara artis terseut. Namun baegitu benar apa yang dia kata bukan?

Tapi bagi penghafaz al-Quran tugas itu lebih lagi. Kerana dia yang baca lebih dari orang lain. 

"Zayyinun quran bilfial" Hiasi alQuran dengan beramal dengannya.

Tak boleh tidak dengan amal, tidak boleh tidak mesti dengan berbuat. Apabila baca ayat berkenaan dengan ibu bapa, tentang kederhakaan dan larangan derhaka, mesti diiringi dengan perbuatannya dan amalannya.

Baca tentang ayat puasa, sudah tentu mesti lah beramal dengan puasa. Dan sebagainya.

5 MENINGGALKAN DOSA

Asas Besar Yang kelima dalam menghafaz al-Quran adalah meninggalkan perbuatan dosa.

"Sesungguhnya di dalam jasad ada seketul darah. Jika dia baik, maka baiklah tubuh badan semuanya. Dan jika ia rosak, maka rosaklah jasad semuanya. Ketahuilah daging itu adalah hati."

Kalau rosak hati kerana disebabkan banyak dosa, maka mana mungkin bagi penghafaz alquran. 

Kisah masyhur tentang imam syafie. ang mengadu kepada gurunya aqi. ai ini adalah guru pada imam syafie. 
mEngadu kepada gurunya tentang lemah hafazannay. Untuk catatan, kita perlu ingat. Imam syafie apabila membaca buku perlu menutup muka surat sebelah kerana ia akan terus masuk ke dalam hatinya. Terus sahaja ingat. 
Bila dia tengok satu-satu muka surat, dia terus akan hafaznya secara langsung. Kuat benar ingatan imam syafie.

Namun ada ketika dia mengadu pada gurunya waqi. 
Pesan urunya pada imam syafie ""Tidak boleh tidak pasti ada dosa yang engkau telah lakukan."

Pernah satu ketika imam syafie berjalan dan ketika itu angin kuat sehingga tersingkap kain seorang perempuan. Maka seketika dia ternapak secara tidak sengaja sebahagian kecil dari perempuan tersebut. 

Lahirlah syair yang masyhur. Yang biasa kita dengar dari penceramah dan sebagainya.

"Syakautu ilal waqi;, usa hifiz. Faarshadani ilal tarkil maasi. waqooa li innal ilma nuurun. Wanuurullahi la yunzal aasi. 

Addohhak ibnnu muhaazim rahmahullah salah seorang dari tabiin. 

" Dia pernah sebut,


الضحاك بن مزاحم: ما من أحد تعلم القرآن ثم نسيه إلا بذنب يحدثه، لأن الله تبارك وتعالى يقول: " وما أصابكم من مصيبة فبما كسبت أيديكم - " وإن نسيان القرآن من أعظم المصائب.


Tidak ada seseorang yang belajar alquran kemudian dia lupa kecuali kerana dosa yang dibuatnya.

Kerana Allah subhanu wataala berfirman

( وما أصابكم من مصيبة فبما كسبت أيديكم ) أي : مهما أصابكم أيها الناس من المصائب فإنما هو عن سيئات تقدمت لكم ( ويعفو عن كثير ) أي : من السيئات ، فلا يجازيكم عليها بل يعفو عنها ، ( ولو يؤاخذ الله الناس بما كسبوا ما ترك على ظهرها من دابة ) [ فاطر : 45 ]

Kemudian dia sebut "ونسيان القرءان من أعظم مصائب"

Hakikatnya, setiap anak adam berdosa, tetapi sebaik-baik orang yang membuat dosa adalah mereka yang bertaubat. 

Namun taubat tak boleh tidak mestilah cepat-cepat. 

Allah sebut, 

إِنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللَّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن قَرِيبٍ فَأُولَٰئِكَ يَتُوبُ اللَّهُ عَلَيْهِمْ ۗ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا (17)

Kemudian mereka memohon ampun dalam waktu yang dekat.

Friday, August 28, 2020

BERKORBAN

Sebut tentang pengorbanan. Kita perlu berkorban dengan memberikan sesuatu yang bernilai untuk dapat perkara yang bernilai dan terbaik.

Korbankan hati dengan hafaz dengan baik akan dapat hasil yang baik dengan izin Allah.

Orang yang melalui jalan hafaz alquran perlu melalui jalan ini dan keadaan ini.

Dan benar, pengorbanan adalah satu bahagian penting kepada kehidupan seorang penghafaz alquran apabila telah berkata dalam hati,

"Saya mahu menghafaz Al-Quran."

1. Apabila kita tidak tahu teknik kita pergi belajar. Korbankan duit simpanan yang sepatutnya untuk bersuka ria tetapi  pergi belajar.

2. Sedang masa hujung minggu waktu untuk bersantai berbaring kita korbankan sedikit untuk mengulang mana yang belum mantap.

3. Apabila kita tengok video di internet ambik masa 10 minit atau 20 minit lihat video mereka yang hafaz alquran dengan baik. Lihat video orang buta atau orang yang mempunyai kekurangan fisikal tetapi hafaz dengan mantap sebagai satu motivasi kepada diri yang selalu rasa diri ini mempunyai kekurangan sedangkan yang kurang dapat hafaz dengan baik.

4- Korbankan sesuatu kebiasaan untuk mendapat sesuatu yang sangat bernilai di masa hadapan.

Kita perlu habiskan perjalanan ini. Sehingga ke akhir hayat. 

Wednesday, August 26, 2020

MEMPELBAGAIKAN NIAT

ASAS 2 : Pelbagaikan Niat

Pelbagaikan niat ketika hafaz AL-Quran. Dengan pelbagaikan niat ketika hafaz al-Quran ini, akan mempelbagaikan sumber pahala. Ini akan menjadikan amalan yang sama boleh menjana pahala dan kebaikan yang berlipat kali ganda.

Buat satu dapat banyak. 
Usaha satu pahala berganda.

Sebagai panduan.

Pertama

 Kita niat kita hafaz untuk memakaikan pakaian yang indah dan mahkota yang bercahaya terang benderang di hari akhirat esok. Bayangkan kita memakaikan baju kebesaran tersebut. Buat insan yang kita paling sayang selepas Allah dan Rasulnya.

Mereka yang telah mempetaruhkan nyawa mereka ketika melahirkan kita. Itulah ibu kita. Mak kita. 
Mereka yang tidak pernah kering keringat dan peluh mereka dalam membesarkan kita. Lelah yang disulam dengan kepuasan ketika memberi makan pada kita.

Kita balas kebaikan mereka berdua di akhirat nanti dengan mengangkat martabat mereka asbab kita hafaz kitab Allah subhanahu wataala.

"Sesiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengannya mereka akan memakaikan mahkota kepada ibu dan ayahnya di hari akhirat yang mana cahaya dari mahkota itu lebih terang dari cahaya matahari."


Niat Kedua : Pencegahan Dari Api Neraka.

Abi Umamah Addahili, bacalah alquran, sesungguhnya Allah subhanahu wataala tidak akan mengazab orang yang 


N


Monday, August 24, 2020

IKHLAS

Asas 1 : IKHLAS



TIADA satu sahaja elemen asas yang pertama ini, kita akan menyesal dekat akhirat. Dekat dunia kita seronok, tapi dekat akhirat kita hilang segala yang kita buat yang kita yakin dah bagus dah.

Ini adalah asas bagi setiap amalan. Apa sahaja amalan tanpa ada unsur ini maka  jadilah ia sia-sia. Kosong poket kita. Kosong masa dekat akhirat. Macam poket tu ada, tapi bocor. Bocor bukan kecik tapi bocor yang besar sampai sikit pun takde tinggal.


Kalau kita tengok cerita Pendekar Bujang Lapok, ada satu scene dalam drama tu. Yang masa awa dekat jeti. Ingat sudin duk mencangkung masa dekat meja kaunter duit sewa sampan tu. Duit dia kutip masuk poket. Lepas masuk, masuk lagi. Kalau boleh nak ambik semua. Namun bila sampai seberang diraba kocek, kosong. Bocor. Tidak ada satu yang tinggal.

Kebocoran ini, akan berlaku di hari akhirat.


Allah Yang Maha Pengasih kepada hambanya bagi tahu dalam al-Quran, nanti kat akhirat ada orang bawa amalan masa dia amal dekat dunia dulu. Tapi amalan tu jadi debu dan terus terbang ditiup angin.
Dahlah jadi abu, ditiup angin. Kalau masih tinggal abunya tu masih ok lagi. Debu-debu pasir boleh diguna untuk tayammum. Tetapi ada manfaatnya. 

Tak dapat kita bayang betapa menyesalnya nanti, bila tengok amalan kita. Solat kita hari-hari, sedekah yang kita masukkan setiap minggu dan apa sahaja amalan yang kita buat dengan tenaga dan harta kita hanya jadi macam debu malah ditiup angin. Jatuh ditimpa tangga.

Kita masa amal dan buat semua tu, kita memang harap kepada Allah. Rahmat Allah kasih sayang ALlah. Tinggal lagi kadang kealpaan dan kelemahan diri menyebabkan kita lupa untuk siapa kita beramal. Kita lupa sebenarnya kita perlu beramal oleh kerana ssatu shaja isaitu Allah.

Ikhlas ada beberapa tahap. Mengikut orang tasauf, Ikhlas yang berada di kedudukan tertinggi adalah mereka yang buat sesuatu tanpa mengharapkan apa-apa pun daripada Allah ketika melakukan amalan tersebut.

Bukan kerana hendak redha. Bukan kerana hendak syurga. Bukan kerana apa-apa. Ia sekadar kerana hubungan hamba dengan tuhannya. Kerana mereka berpandangan seseorang yang mengharapkan redha Allah, apabila bertemu di hari akhirat katakanlah dia tidak mendapat redha Allah, dia akan mula persoalkan. Kenapa dan mengapa tidak ada redha untuk dia.

Sedang mengharap redha Allah, syurga Allah bukanlah sesuatu yang dilarang. Ketika melakukan amalan itu memang semata kerana hubungan hamba dengan tuhannya, tetapi selepas itu berdoa mengharap syurga Allah dan berlindung dari seksaan Neraka.


IKHLAS. Kita cuba masukkan elemen ni dalam amalan kita.

Pengakuan, saya bukanlah orang yang sudah sampai pada tahap ini dan bukan orang yang layak pun nak cakap pasal ikhlas ni. Jadi saya nukilkan dan saya bawa mereka yang boleh kita ambil ilmu dan pengalaman agar kita faham dan sampai pada amalan yang ikhlas. 

Ikhlas itu adalah rahsia Allah. Namun proses untuk capai ikhlas itu jangan ia jadi penghalang untuk melakukan sesuatu amalan. 

"Kenapa tak nak hafaz? Kenapa tak nak solat?"

"Ohh, saya takut saya buat tanpa ada keikhlasan kepada Allah."

Jangan begitu, jangan tertipu dengan tipu daya musuh bernama iblis dan syaitan. Lakukan dulu dan berdoa semoga Allah kurniakn keikhlasan.

Bayangkan amalan besar yang kita lakukan dan kita boleh dapatkan pahala ganjaran, akhirnya dicampak sahaja amalan itu ke muka kita, hanya kerana tidak dapat masukkan keikhlasan secara total dalam amalan. Semoga kita dilindungi Allah dari perkara ini. Bersia-sia dalam amalan yang baik.