Wednesday, September 2, 2020

MASUK PERTANDINGAN

"Mak esok adik nak lumba lari ni. Doakan ya supaya adik menang."

Di sekolah ada acara sukan. Ada lumba lari. Ada lompat tinggi. Lompat jauh. Semua acara ini, selain untuk cari pemenang tujuan utamanya adalah untuk memastikan murid di sekolah mengambil bahagian. Untuk apa sahaja acara sekurang-kurangnya mereka diberi peluang untuk diri mereka lihat kemampuan diri. 

Selain itu pertandingan adalah satu acara untuk membangkitkan semangat dalam diri. Dalam jiwa. Sebab itu, antara acara yang ditunggu-tunggu dan meriah adalah acara sukan sekolah.

Selain dari acara sukan, ada juga pertandingan lain. Ada juga pertandingan deklamasi sajak, acara berirama dan sebagainya. Dan apabila menang atau kalah, mereka tetapi puas. Menang itu adalah satu bonus. Tapi apa yang mereka dapat ketika latihan dan ilmu itulah bekalan mahal yang mereka sebenarnya dapat.

Untuk pertandingan hafazan juga tidak kurang hebatnya. Di Malaysia sahaja ada banyak kategori dan peringkat. Kategori surah pilihan. Kategori juzuk. 

Peringkat daerah, peringkat negeri dan kebangsaan. Sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Kita dapat tengok hasil dari pertandingan ini juga melahirkan penghafaz al-Quran yang melatih hafazan mereka sehingga berjaya lancar. 

Bukanlah kemenangan itu atau hadiah itu penting. Tetapi dengan pertandingan seperti ini akan membangkitkan semangat dan kegigihan untuk menghafaz. 

وَفِي ذَٰلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ (26)

Semerbak bau minyak kesturi sampai pada puncaknya. Demi mendapatkan ganjaran yang mulia ini, hendaknya orang berlomba-lomba untuk mendapatkannya dengan mengamalkan apa yang diridai Allah dan meninggalkan apa yang dimurkai-Nya.

Untuk syurga Allah memberi semangat dan dorongan agar kita berlumba-lumba. 
Masuk bertanding adalah dengan niat untuk lihat bagaimana usaha orang lain yang telah berjaya dan tingkatkan semangat untuk jadi sama macam mereka.

Bila kita tengok orang lain boleh hafaz. Kita pun tanya macamana mereka boleh buat. Kalau mereka boleh aku pun boleh. Selain dapat kenal orang lain kita boleh bertanya cara mereka menghafaz. Cara mereka mengulang dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment