Sunday, September 6, 2020

KUASA FOKUS

Fokus

Satu hari, saya tengok video pendek. Kisah benar. Seorang ibu menangis merarapi kematian anaknya. 

Sedih kehilangan ahli keluarga yang disayangi itu biasa. Namun cara dan punca itu yang boleh jadi igauan berbeza sepanjang hayat. Anaknya meninggal kerana eksiden dilanggar sebuah lori besar.


Bulan sebab tayar meletup. Bukan sebab ada minyak di jalan. Puncanya pemandu lori itu tukar lagu yang dia nak dengar dekat telefon. Beberapa saat sahaja fokus hilang orang lain terpaksa bayar dengan nyawa mereka. Menanggung kesedihan sepanjang hayat. 

Rasa bersalah dan kesal. Namun tidak bermakna lagi.

Kuasa fokus ini selalu dibincangkan orang yang berjaya mempunyai kuasa fokus yang amat tinggi.
Tatkala kuasa fokus semakin dilihat tipis, mereka akan cas semula. 

Sebab ia elemen yang penting untuk ukur kejayaan.

Untuk hafaz al-Quran juga perlu fokus yang tinggi. Kerana kita hidup dalam zaman yang penuh dengan gangguan. 

Gangguan ini pula kadang menyebabkan kita tidak dapat siapkan tugasan hafazan kita. Katakanlah tengah hafaz tiba ada gangguan dari handphone. Kita pun tengok dalam 5 minit. Lepastu sambung lagi. Kalau 5 kali kita layan gangguan tu, kita telah rugi 25 minit masa untuk fokus.  Dan ia tidak membantu.  

Kadang kita banyak benda yang kita hendak buat tapi selalu gagal. Sebab gangguan ini. 
Gangguan Handphone terutamanya. 

Apa nam buat? Kita perlu setkan dan tetapkan masa kita. Kita tentukan diri kita. Kalau kata kita dah setkan masa satu jam untuk hafaz, jauhkan diri kita dari handphone selama satu jam.

Kawan kita datang nak ajak borak kita kata tunggu sekejap lagi. Sekarang masa untuk aku hafaz. 

Set dan tulis. Tulis minggu ni nak hafaz banyak mana. Tampal dan doa pada Allah agar dipermudahkan.



Fokus. 

Saturday, September 5, 2020

TIPS

Untuk mencapai apa yang kita inginkan atau target tidak boleh tidak kita mesti lakukan perkara ini.

1- Mesti ada guru atau mentor. Mentor ini mestilah tahu, boleh buat dengan faham. Yang paling penting mesti ada pengalaman. Kalau tersalah pilih mentor, maka susah sikit nak capai. Mungkin mentor ini dari kalangan sahabat kita. 

Dan hindari dan jangan tersalah pilih mentor ini. Kesilapan yang biasa buat adalah menjadikan kawan atau orang yang dekat tetapi tidak tahu banyak tentang apa yang kita target.


2- Baca banyak kitab tentang penghafaz al-Quran.  Belajar pelbagai metod hafaz al-Quran. Bukan untuk apa untuk tambah ilmu dan percayalah kadang dengan pelbagai teknik yang kita cuba akan buat kita faham manayang lebih sesuai untuk kita.

3- Kalau boleh ada kumpulan untuk beri semangat masing-masing. Ada masa kita down kawan kita bagi semangat. Ada masa kawan kita down tugas kita pula bagi semangat. Masing-masing berperana. Ibarat perjalanan yang jauh, kadang pemandu ada yang mengantuk. Jadi kawan sebelah tolong ganti agar boleh berehat. 

Dan selepas berehat tenaga akan pulih semula. Dan terus perjalanan sehingga sampai destinasi. 

Biarlah kita buat dan terus buat sehingga sampai.

Thursday, September 3, 2020

MELAGUKAN BACAAN AL-QURAN

Al-Quran boleh dinikmati. Dekat Mekah apabila mendengar imam membaca al-Quran terasa sangat asyik dan nikmat. Pernah satu ketika masa saya berada di Masjid Husin di Kaherah Mesir, tunggu untuk solat Jumaat.

Ketika itu, sebelum solat Jumaat seorang Qari  membaca ayat quran secara mujawwad. Syeikh Nuaina ketika itu. Ya, Allah sedapnya bacaan. Meruntun jiwa. Ramai mengalir air mata. Ya, orang Arab Mesir, mudah sahaja jatuh air mata apabila mendengar bacaan al-Quran.

Itulah mungkin dikatakan kalau nak rasa asyik ketika solat, solatlah di sebelah orang Mesir. Mudah sangat mengalirkan air mata. 

Sebelum ke Mesir dulu, waktu di Kursus Intensif Bahasa Arab, guru yang mengajar kami salah seorang adalah Ustazah kelahiran Mesir. Ada masa dia akan minta kami membaca ayat al-Quran. Ketika itu dapat tengok ada masa dia sedih. Rupanya ayat al-Quran yang dibaca ketika itu cerita tentang azab dan neraka. 

Nabi sendiri pernah pesan supaya membaca al-Quran 
Untuk hafaz juga digalakkan untuk memahami lagu. Bacaan berlagu.

BAGAIMANA HAFAZ DALAM MASA 5 TAHUN

Hafaz satu rubu seminggu. Hafaz setahun dalam 48 rubu lebih kurang 11 bulan. Kemudian dalam sebulan lagi tu, diulang bacaan hafazan untuk setahun itu sehingga benar-benar melekat. Lebih kurang 6 juzuk dalam masa 11 bulan.

TIDUR YANG CUKUP

Dalam hidup ini, secara purata kita akan gunakan 30 peratus dari jumlah umur kehidupan kita untuk tidur.

Tidur ini juga adalah suatu keperluan untuk tubuh badan kita. Sama macam makan, kita mesti tahu bilangan kalori protein, makanan tambahan untuk tubuh, tidur juga begitu. Berapa banyak tidur kita perllu ambil. Berapa lama yang bagus. Jadi tidur adalah keperluan sama macam bernafas, makan dan minum.

Di sana terdapat banyak kajian tentang tidur. Walaupun ia masih menjadi misteri kenapa manusia perlu tidur, namun kebaikan dan manfaat tidur telah dapat dikaji. 

Kajian berkenaan dengan otak juga menyatakan bahawah tidur yang cukup akan mambantu dalam fungsi otak. 


Apa yang berlaku ketika tidur?

Pemulihann pada tubuh badan kita. Masa kita tidur  hormon akan dikeluarkan untuk pulihkan semula pembuluh darah. Tingkatkan sel putih yang tujuannya adalah untuk virud dan bakteria.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa masa tidur memori dan apa yang telah dipelajari sebelum itu akan akan beralih ke memori jangka panjang. Kita ada memori jangka pendek dan memori jangka panjang.

MAKANAN

Makanan.

Apabila kita terjumpa dengan seorang budak atau sesiapa sahaja yang mempunyai kecerdasan untuk ingat ayat al-Quran, antara yang kita ingin tanya bagaimana dia boleh ingat dengan baik adalah.

"Apa yang awak makan?"

Kerana kita nak tahu apa rahsianya dia boleh jawab dengan lancar. 
Ikut kajian selain dari amalan hidup sihat, makanan juga menjadi penyumbang utama pada kesihatan otak.

Sedar atau tidak, dalam banyak-banyak organ pada tubuh kita, bahagian atas kita iaitu otak kita menggunakan tenaga yang paling banyak. Ikut kiraan, sebanyak 20% tenaga dari badan kita otak kita habiskan. Jadi sebab itu, suka atau tidak kita perlu beri 'makan' pada otak agar ia sihat. Sihat untuk mengingat pelajaran khususnya dalam menghafaz al-Quran.

Ada beberapa makanan yang boleh diambil untuk bantu otak kita berfungsi atau bekerja dengan baik. 

5 Makanan ini akan bantu untuk dapatkan tenaga yang baik untuk otak.

1- Minyak kelapa. Bolehlah amalkan minyak kelapa dara satu hari satu sudu. Ada banyak jenama yang ada dijual di kedai.

2- Sayur bayam. Pernah tengok cerita Popeye. Dalam cerita tu Popeye bila makan sahaja sayur bayam ni dia akan jadi kuat. Menurut kajian, sayur bayam ini bantu memperlahankan proses hilangnya memori.

3- Bawang Merah. Ini bahan biasa ada dekat rumah. Kebanyakan masakan memang akan guna bawang merah. Yang terbaiknya bawang merah ni, Ia bantu untuk tingkatkan pengaliran darah ke otak. Dan ia dapat bantu tingkatkan memori kita. 


Memori juga dapat ditingkatkan dengan mengambil bawang merah.


Dan banyak lagi makanan yang boleh bantu seseorang untuk hafaz al-Quran. 

Walaupun hati telah dijaga. Makanan juga boleh jadi penyumbang bagi kecerdasan hafaz al-Quran. Kajian berkenaan dengan otak manusia ia menunjukkan kecerdasan juga bergantung pada apa yang kita makan. 



HAFAZ QURAN PENGHALANG KERJAYA?

Apapun hafaz al-Quran ini sebenarnya satu proses. Bukan dengan hafaz al-Quran ini menjadi penghalang seseorang untuk bekerja sebagai doktor dan banyak perkerjaan yang lain. Ia satu proses. Menambah nilai pada diri seorang Muslim. Kalau dulu ia agak mustahil di negara kita, ia sudah jadi perkara biasa.

Di negara Arab, ia suatu yang biasa. Jurutera, doktor bahkan petani yang menghafaz al-Quran. Ramai. Terlalu ramai. 

Hafaz al-Quran ini juga bukti kecintaan seseorang terhadap agamanya, nabinya dan tuhannya. Sesorang yang sayang pada anaknya akan sentiasa ingat apa perkataan yang diucap oleh anaknya. Akan dikongsi. Akan dicerita. Akan dihafal satu-satu perkataan yang diucapkan. 

Kerana apa? Kerana sayang. Ini tidak bermaksud orang yang tidak hafaz tidak sayang akan agamanya. Bukan itu maksudnya. Ada yang tak hafaz tapi hari-hari baca al-Quran namun, untuk yang hafaz ada tempatnya yang tersendiri.

Hafaz al-Quran juga dikatakan oleh cerdik pandai bahawa seseorang itu kasih dan sayang pada tuhannya. 

Ia adalah hidangan dari Allah subhanahu watala.

Bila lapar, kita cari makanan. Kalau haus basahkan tekak. Itu untuk fizikal. Untuk rohani, makanan dalaman selain ibadah solat dan yang lain, al-Quran juga salah satu hidangan untuk memenuhi kelaparan rohani.