Thursday, September 3, 2020

HAFAZ QURAN PENGHALANG KERJAYA?

Apapun hafaz al-Quran ini sebenarnya satu proses. Bukan dengan hafaz al-Quran ini menjadi penghalang seseorang untuk bekerja sebagai doktor dan banyak perkerjaan yang lain. Ia satu proses. Menambah nilai pada diri seorang Muslim. Kalau dulu ia agak mustahil di negara kita, ia sudah jadi perkara biasa.

Di negara Arab, ia suatu yang biasa. Jurutera, doktor bahkan petani yang menghafaz al-Quran. Ramai. Terlalu ramai. 

Hafaz al-Quran ini juga bukti kecintaan seseorang terhadap agamanya, nabinya dan tuhannya. Sesorang yang sayang pada anaknya akan sentiasa ingat apa perkataan yang diucap oleh anaknya. Akan dikongsi. Akan dicerita. Akan dihafal satu-satu perkataan yang diucapkan. 

Kerana apa? Kerana sayang. Ini tidak bermaksud orang yang tidak hafaz tidak sayang akan agamanya. Bukan itu maksudnya. Ada yang tak hafaz tapi hari-hari baca al-Quran namun, untuk yang hafaz ada tempatnya yang tersendiri.

Hafaz al-Quran juga dikatakan oleh cerdik pandai bahawa seseorang itu kasih dan sayang pada tuhannya. 

Ia adalah hidangan dari Allah subhanahu watala.

Bila lapar, kita cari makanan. Kalau haus basahkan tekak. Itu untuk fizikal. Untuk rohani, makanan dalaman selain ibadah solat dan yang lain, al-Quran juga salah satu hidangan untuk memenuhi kelaparan rohani.

No comments:

Post a Comment