Monday, August 24, 2020

IKHLAS

Asas 1 : IKHLAS



TIADA satu sahaja elemen asas yang pertama ini, kita akan menyesal dekat akhirat. Dekat dunia kita seronok, tapi dekat akhirat kita hilang segala yang kita buat yang kita yakin dah bagus dah.

Ini adalah asas bagi setiap amalan. Apa sahaja amalan tanpa ada unsur ini maka  jadilah ia sia-sia. Kosong poket kita. Kosong masa dekat akhirat. Macam poket tu ada, tapi bocor. Bocor bukan kecik tapi bocor yang besar sampai sikit pun takde tinggal.


Kalau kita tengok cerita Pendekar Bujang Lapok, ada satu scene dalam drama tu. Yang masa awa dekat jeti. Ingat sudin duk mencangkung masa dekat meja kaunter duit sewa sampan tu. Duit dia kutip masuk poket. Lepas masuk, masuk lagi. Kalau boleh nak ambik semua. Namun bila sampai seberang diraba kocek, kosong. Bocor. Tidak ada satu yang tinggal.

Kebocoran ini, akan berlaku di hari akhirat.


Allah Yang Maha Pengasih kepada hambanya bagi tahu dalam al-Quran, nanti kat akhirat ada orang bawa amalan masa dia amal dekat dunia dulu. Tapi amalan tu jadi debu dan terus terbang ditiup angin.
Dahlah jadi abu, ditiup angin. Kalau masih tinggal abunya tu masih ok lagi. Debu-debu pasir boleh diguna untuk tayammum. Tetapi ada manfaatnya. 

Tak dapat kita bayang betapa menyesalnya nanti, bila tengok amalan kita. Solat kita hari-hari, sedekah yang kita masukkan setiap minggu dan apa sahaja amalan yang kita buat dengan tenaga dan harta kita hanya jadi macam debu malah ditiup angin. Jatuh ditimpa tangga.

Kita masa amal dan buat semua tu, kita memang harap kepada Allah. Rahmat Allah kasih sayang ALlah. Tinggal lagi kadang kealpaan dan kelemahan diri menyebabkan kita lupa untuk siapa kita beramal. Kita lupa sebenarnya kita perlu beramal oleh kerana ssatu shaja isaitu Allah.

Ikhlas ada beberapa tahap. Mengikut orang tasauf, Ikhlas yang berada di kedudukan tertinggi adalah mereka yang buat sesuatu tanpa mengharapkan apa-apa pun daripada Allah ketika melakukan amalan tersebut.

Bukan kerana hendak redha. Bukan kerana hendak syurga. Bukan kerana apa-apa. Ia sekadar kerana hubungan hamba dengan tuhannya. Kerana mereka berpandangan seseorang yang mengharapkan redha Allah, apabila bertemu di hari akhirat katakanlah dia tidak mendapat redha Allah, dia akan mula persoalkan. Kenapa dan mengapa tidak ada redha untuk dia.

Sedang mengharap redha Allah, syurga Allah bukanlah sesuatu yang dilarang. Ketika melakukan amalan itu memang semata kerana hubungan hamba dengan tuhannya, tetapi selepas itu berdoa mengharap syurga Allah dan berlindung dari seksaan Neraka.


IKHLAS. Kita cuba masukkan elemen ni dalam amalan kita.

Pengakuan, saya bukanlah orang yang sudah sampai pada tahap ini dan bukan orang yang layak pun nak cakap pasal ikhlas ni. Jadi saya nukilkan dan saya bawa mereka yang boleh kita ambil ilmu dan pengalaman agar kita faham dan sampai pada amalan yang ikhlas. 

Ikhlas itu adalah rahsia Allah. Namun proses untuk capai ikhlas itu jangan ia jadi penghalang untuk melakukan sesuatu amalan. 

"Kenapa tak nak hafaz? Kenapa tak nak solat?"

"Ohh, saya takut saya buat tanpa ada keikhlasan kepada Allah."

Jangan begitu, jangan tertipu dengan tipu daya musuh bernama iblis dan syaitan. Lakukan dulu dan berdoa semoga Allah kurniakn keikhlasan.

Bayangkan amalan besar yang kita lakukan dan kita boleh dapatkan pahala ganjaran, akhirnya dicampak sahaja amalan itu ke muka kita, hanya kerana tidak dapat masukkan keikhlasan secara total dalam amalan. Semoga kita dilindungi Allah dari perkara ini. Bersia-sia dalam amalan yang baik.

No comments:

Post a Comment