Thursday, August 27, 2020

NAK MASUKKAN ANAK KECIL KE MAAHAD TAHFIZ?

Bila waktu yang sesuai untuk masukkan anak ke Maahad Tahfiz.

Sebelum ini ada dalam tajuk buku ni  disebut tentang ajar anak hafaz ketika masih kecil. 
Masukkan anak ke Maahad tahfiz dengan ajar anak menghafaz adalah dua perkara berbeza.

Syeikh yang masih mengajar di Azhar ada yang berpandangan tidak sesuai kita memisahkan anak yang masih kecil untuk pergi sendiri berdikari dan duduk di maahad tahfiz.

Nak urus diri sendiri, basuh baju, makan dan sebagainya untuk hafaz alquran. 

Bagaimana kita nak buat?

Boleh hantar ke maahad tahfiz harian. Ada sahaja yang menawarkan pakej hafazan harian ini. Ada seorang kawan saya dia hantar anak mereka yang berumur 9 tahun pada waktu pagi dan mengambil waktu malam. Dalam tempoh itu, mereka menghafaz dan mengulang di sekolah. 

Tapi untuk urus pakaian dan sebagainya mereka yang uruskan.

Mereka terpaksa berpindah ke kawasan yang lebih dekat dan ia adalah satu keputusan yang sangat mendamaikan apabila anak mereka berjaya menghafaz alquran ketika berumur 12 tahun lagi. 

Tapi untuk kita hantar anak yang sekecil 7 tahun untuk berdikari, syeikh kata janganlah kita ambil masa kecil mereka untuk mereka bermain. Berilah mereka satu memori kebahagiaan dan kegembiraan menjadi anak kecil. 

Dan sungguhpun bagus untuk hafaz ketika kecil, kita perlu memantau mereka dari dekat. Ini hanyalah pandangan peribadi saya. Mungkin di sana ada pandangan yang lebih baik dari ini. Untuk saya, inilah yang saya pegang buat waktu ini.

No comments:

Post a Comment