Sunday, August 30, 2020

CARI RAKAN

2 Dari 10 Asas Kedua

Hafaz al-Quran ini bukan kerja mudah. Tidak mudah kerana akan ada halangan. Halangan dari diri sendiri. Halangan dari suasana sekeliling. Jadi perlu ada pendorong yang kuat. Terutama dari rakan yang sama-sama berjuang.

Kalau seorang kemungkinan untuk gagal adalah tinggi. Apabila ada kumpulan, kawan dalam kumpulan akan berikan semangat dan nasihat sekiranya ada rasa nak berhenti atau lemah semangat.

Saya ingat dulu ada seorang sahabat saya, dia memang lancar hafazan al-Quran. Sehari dia baca memang banyak. Ada masa dalam 3 hari sahaja sudah khatam.

Satu hari dia mengaku. Ada masa dia rasa lemah semangat. Apa dia buat? Dia pergi jumpa seorang ustaz. Seorang ustaz yang sambung belajar ketika itu. Dia minta nasihat untuk naikkan semangat dia. Dan begitulah seterusnya bila dia lemah semangat dia jumpa ustaz itu.

Manusia memang begitu. Tidak boleh sendiri. Fitrah kita perlukan orang lain.Maka carilah rakan seorang dua orang atau lebih untuk mulakan usaha murni ini.

Nabi pesan, Assyaitonu maa wahid wahua minal ithnaini abaad.

Syaitan kalau dengna seorang mendekat, bila berdua dia akan menjauhkan diri.

No comments:

Post a Comment