Friday, August 28, 2020

HAFAZAN IBARAT BEKALAN?

Ada satu perkara yang perlu diambil fikir dan diambil berat sebelum menghafaz Al-Quran. 

Ia akan bersangkut dengan tujuan dan motivasi untuk hafaz al-Quran itu sendiri. Semoga tulisan ini menjadi pengingat buat yang sudah lupa, dan membangkit semangat mereka yang telah tidur. Semangat ketika awal menghafaz akan mula mengendur dek kerana halangan dan ujian di pertengahan jalan.

Hafazan ini ibarat bekalan yang diletak di belakang tunggangan. Kitalah tunggangan itu. Hari pertama membawa bekalan yang tidak berat. Semakin hari ditambah, tanggungan semakin berat. 

Badan mula merasa lelah. Kalau dulu, untuk sampai ke perjalanan akhir cepat dan mudah. Sekarang sudah mula merasa berat. Ya, dulu mungkin perlu ulang sehari satu muka surat sahaja. Sekarang perlu 1 juzuk. Mungkin 2 juzuk. Mungkin 3 hingga ke 5 juzuk. Ketika inilah, kita perlu rujuk bagaimana caranya untuk kita buat benda ni. 

Bagaimana mereka yang berjaya menjaga hafazan lakukan dan usahakan. Mereka makan nasi yang sama. Hidup udara yang sama. Mempunyai masa dan waktu yang sama. kita belajar dari mereka.

Kita perlu berkorban. 

Berkorban masa 1 jam satu hari. Sedangkan waktu 1 jam itulah waktu kita untuk gelak ketawa dengan sahabat di kedai makan.



No comments:

Post a Comment