Tuesday, August 25, 2020

5 KELEBIHAN INI AKAN BUAT ANDA TEKAD HAFAZ AL-QURAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Teks : Firdaos B. Mohd Rawi


Apa cita-cita kamu? Apa yang kamu nak jadi bila dah besar nanti. 


Masa kecik dulu masih ingat lagi bila orang tanya apa cita-cita kamu? Saya nak jadi pilot. Nak bawa kapal terbang. Saya ingat lagi mak ayah saya kata, jadilah doktor. Kalau nak jadi pilot pun bawa orang yang pergi ke Mekah dapat pahala.

Ini perkara biasa untuk Mak Ayah mencadangkan pada anak mereka untuk jadi apa. Untuk apa. Sebab itu apa yang mereka tahu dan mahu.


Jarang orang nak suruh anak mereka hafaz al-Quran dulu. Kalau ada pasti akan ditanya kenapa dan mengapa. Apa akan dapat dengan hafaz al-Quran. Apa yang akan dapat dengan hafaz al-Quran ini tentang keduniaan lah. Kalau tentang pahala, saya kira semua orang tahu pahalanya besar. 

Namun besar mana? Banyak mana? Sehebat mana? 

Dengan tahu 5  perkara ini akan suka dan minat hafaz al-Quran. Dan kalau kita tidak hafaz pun kita akan bercira-cita agar anak atau cucu kita sekurang-kurangnya seorang ada yang hafaz al-Quran.


Memperhatikan Al-Quran adalah satu kemuliaan buat kita. Sebab apabila ahlulQuran masuk syurga, Allah suruh baca dan naik.

Baca sebagaimana kamu baca di dunia dulu, dan naiklah tempatmu dan darjatmu dalam syurga. Baca dan terus baca dan naik sehingga darjat yang tertinggi di dalam syurga Allah.


Belum lagi diberi syafaat Al-Quran masa hari kiamat. 


Belum lagi anak yang menghafaz al-Quran hadiahkan dua mahkota buat kedua ibu dan bapanya,

Belum lagi setiap satu huruf diberi sepuluh kebaikan.

Belum lagi Al-Quran akan temani kita ketika menghadai saat malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur.

Berapa banyak dan panjang balasan Al-Quran sehingga sampai ke syurga. Hanya dengan satu perkara dibuat. Syaratnya cuma satu.

Berkenan menjadi Al-Quran teman kita di dunia.


Apabila kita sudi berteman dengan al-Quran, Al-Quran akan berteman dengan kita sepanjang hayat. Sehingga ke dalam kubur. Sehingga di Padang Mahsyar. Sehingga dalam Syurga.


Itulah kemuliaan al-Quran. "Mak esok adik nak lumba la 



No comments:

Post a Comment