Tuesday, August 25, 2020

BIODATA PENULIS



Beliau sedang mengajar di salah sebuah sekolah di Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau ke bumi para nabi di Mesir menuntut dalam bidang pengkhususan al-Quran, seterusnya mengambil Diploma Perguruan di IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi.

Selain pengajaran al-Quran, terlibat juga dalam Kem Tahfiz Al-Quran. 

Anak kelahiran Tumpat, Kelantan ini bersekolah di SRK Sri Sekinchan sebelum bepindah ke SK Seksyen 19 Shah Alam. Selepas itu, sambung ke SAMT Tengku Ampuan Jemaah Shah Alam sehingga tingkatan tiga.

Kemudian beliau meneruskan pelajaran ke SAMT Kuala Kubu Bharu, sebelum mengambil sijil SPM di SAM Batu 10 Cheras.
Anak ketiga dari empat orang adik beradik ini, kemudian menyambung pelajaran di Maahad Tahfiz Negeri Pahang bawah tajaan Yayasan Pahang.

Sedang berusaha ceburi bidang penulisan sebagai satu wadah dalam menyebarkan kebaikan. Berkongsi sedikit pengalaman ketika di Mesir agar dapat mengambil Ibrah di bumi ambiyak dan ini adalah adalah penulisan kedua bagi membantu mereka yang ingin hafaz Al-Quran.

No comments:

Post a Comment